ERIKSEN ketika menyarung jersi Inter Milan.  - AFP
ERIKSEN ketika menyarung jersi Inter Milan. - AFP
AFP

London: Christian Eriksen kembali beraksi di Liga Perdana apabila menandatangani kontrak dengan Brentford hanya tujuh bulan selepas mengalami serangan jantung di Kejohanan Eropah tahun lalu.

Pemain Denmark itu meninggalkan Inter Milan dengan persetujuan bersama pada Disember lalu dan susulan pembedahan ICD menyebabkan dia tidak dibenarkan bermain di Itali.

Tetapi Liga Perdana tidak mempunyai peraturan sama dan Brentford hari ini mengesahkan mereka menandatangani bekas perancang Tottenham itu sehingga tamat musim.

Eriksen, 29, yang berlatih dengan pemain muda di Ajax berkata dalam video pendek di Twitter Brentford:

"Hai semua, ini Christian Eriksen," katanya. "Saya gembira umumkan saya tandatangani kontrak dengan Brentford dan saya tak sabar kembali beraksi dan berharap dapat jumpa anda secepat mungkin."

Pengurus Brentford, Thomas Frank yang bekerja dengan Eriksen ketika mengendalikan skuad B-17 Denmark mengalu-alukan pemain senegaranya dan menganggap ia peluang hebat dapat membawa masuk bintang bertaraf dunia ke kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 8:21 PM