IBRAHIMOVIC (tengah) ledakkan gol buat Milan. -FOTO EPA
IBRAHIMOVIC (tengah) ledakkan gol buat Milan. -FOTO EPA
AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic berjaya mencuri satu mata buat AC Milan selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 di Udinese yang memberi peluang kepada pesaing kejuaraan Serie A itu untuk merampas tempat teratas ketika Juventus turut melakarkan keputusan yang sama di Venezia awal pagi tadi.

Ibrahimovic melakukan sepakan akrobatik pada minit ke-92 untuk mencuri satu mata buat Rossoneri namun Inter Milan yang kini ketinggalan dua mata di belakang, akan menamatkan minggu ini di tempat pertama jika menang ke atas Cagliari di San Siro.

Napoli yang ketinggalan satu mata dan boleh menyamai kedudukan 39 mata dengan Milan jika menang ke atas Empoli di Naples dengan pemain utama termasuk Andre-Frank Zambo Anguissa dan Lorenzo Insigne kembali ke dalam skuad.

Turut menanti peluang Atalanta, yang berkedudukan keempat dengan hanya lima mata di belakang Milan menjelang kunjungan ke Verona hari ini.

Milan yang bergelut dengan masalah kecederaan dengan pertahanan tengah, Simon Kjaer perlu berehat panjang manakala Olivier Giroud, Rafael Leao terpaksa diketepikan selepas disingkirkan daripada saingan Eropah oleh Liverpool minggu lalu,

"Pemain tahu mereka tidak bermain sebaik kemampuan mereka," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

"Kami perlu lebih baik dan saya yakin ia boleh dilakukan kerana kami ada cita-cita dan kemampuan memahami kesilapan dan memperbaikinya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 11:17 AM