Perancang Switzerland, Xherdan Shaqiri (tengah) ketika menjalani latihan bersama pasukan. FOTO AFP
Perancang Switzerland, Xherdan Shaqiri (tengah) ketika menjalani latihan bersama pasukan. FOTO AFP
Reuters

Al Rayyan: Switzerland meletakkan sasaran untuk memungut mata awal dalam saingan Kumpulan G apabila menentang Cameroon pada perlawanan pembukaan mereka di Piala Dunia, Khamis ini selepas mempamerkan prestasi baik di peringkat Eropah sepanjang tahun ini.

Skuad Swiss mara ke suku akhir Euro 2020 sebelum tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Sepanyol. Mereka juga menamatkan saingan mengatasi Itali bagi peringkat kelayakan kumpulan Piala Dunia untuk mengelak daripada aksi playoff.

Dengan Granit Xhaka memimpin jentera tengah dan Xherdan Shaqiri menguasai bahagian sayap, Switzerland dijangka dapat mengatasi Cameroon dan mampu memberikan ancaman buat pencabar lain dalam kumpulan mereka seperti Serbia dan pasukan pilihan Brazil.

Persoalan besar kini terarah pada kubu terakhir pasukan itu.

Pengendali pasukan, Murat Yakin memilih empat penjaga gol berikutan kebimbangan terhadap kecederaan pemain pilihan Yann Sommer dan pemain sandaran Jonas Omlin, dia memanggil pemain RB Salzburg, Philipp Kohn salah seorang daripada dua pemain dalam skuad itu yang belum mempunyai kap penampilan bersama skuad kebangsaan.

Sekalipun Cameroon dilabelkan pasukan yang bernasib baik untuk mara dalam pusingan ke 16, bakat serangan pemain seperti Andre-Frank Zambo Anguissa dari Napoli mampu mengucar kacirkan pertahanan Swiss.

Tetapi Cameron yang beraksi pada Piala Dunia kelapan mereka, yang mencipta rekod dalam penampilan bagi negara Afrika - gagal menyerlah pada pusingan akhir sejak edisi 1990 kejohanan, apabila mereka mencipta kejutan mara ke suku akhir.

Skuad Singa itu gagal melepasi peringkat kumpulan dalam semua aksi Piala Dunia sejak kejutan pada 1990, mereka menang hanya satu daripada 15 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 7:31 PM