JURGEN Klopp. -FOTO AFP
JURGEN Klopp. -FOTO AFP
AFP

Naples, Itali: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata The Reds perlu "mencipta semula' diri mereka selepas permulaan buruk musim ini ditambah dengan kekalahan memeritkan 1-4 kepada Napoli pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara semalam.

Margin kekalahan menyamai jaringan terburuk Liverpool dalam Liga Juara-Juara dan mungkin lebih teruk sekiranya Alisson Becker tidak menyelamatkan sepakan penalti pada separuh masa pertama dari Victor Osimhen.

Piotr Zielinski meledakkan dua gol selain gol dari Andre-Frank Zambo Anguissa dan Giovanni Simeone untuk meletakkan Napoli 4-0 pada awal babak kedua.

Luis Diaz bagaimanapun menghadiahkan gol saguhati untuk pasukan finalis musim lalu itu.

The Reds hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan pembukaan kempen dan menduduki tempat ketujuh Liga Perdana enam mata ketinggalan pendahulu liga.

"Nampaknya kami perlu mencipta semua diri kami sendiri," kata Klopp.

"Terdapat banyak perkara yang kurang. Bahagian yang menyeronokkan ialah kami perlu melakukannya pada pertengahan musim Liga Perdana dan kempen Liga Juara-Juara.

"Selepas tiga hari menentang Wolves dan apabila mereka melihat perlawanan malam ini mereka tidak boleh berhenti ketawa dan menganggap ia adalah saat yang tepat.

"Saya fikir ia adalah masa yang tepat tetapi kami perlu cuba untuk mencari jalan menjadi lebih baik dalam segala-galanya."

Klopp juga ditanya sama ada dia bimbang akan dipecat selepas malam yang mengecewakan itu.

Bos Kop itu berkata: "Tidak juga, tapi siapa tahu? Ada pelbagai jenis pemilik. Pemilik kami lebih tenang dan mengharapkan sesuatu daripada saya bagi menyelesaikan situasi dan tidak menjangkakan orang lain melakukannya.

"Itulah yang sentiasa mereka buat dan pada hari mereka mahu menukar fikiran, mereka akan beritahu saya."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 9:57 AM