AKSI Juan Mata ketika perlawanan Manchester United dengan Fulham FOTM Reuters
AKSI Juan Mata ketika perlawanan Manchester United dengan Fulham FOTM Reuters
AFP

MANCHESTER, United Kingdom: Jose Mourinho membalas kritikan ke atasnya apabila Manchester United merekodkan kemenangan paling besar dalam tempoh 13 bulan dengan menumbangkan Fulham 4-1, malam tadi.

Ashley Young, membuka tirai jaringan - yang juga gol pertama dalam tempoh lebih 12 bulan pada minit ke-13, diikuti ledakan Juan Mata (m-28) serta Romelu Lukaku (m-42) untuk membolehkan United selesa mendahului 3-0 sehingga tamat babak pertama.

Namun, tuan rumah sedikit bergelut untuk menambah jaringan di babak kedua, walaupun selepas Fulham beraksi dengan 10 pemain apabila Andre-Frank Zambo Anguissa dibuang padang,

Anguissa diperintahkan keluar padang selepas meraih kad kuning kedua, sebaik saja Aboubakar Kamara menjaringkan gol untuk Fulham menerusi sepakan penalti pada minit ke-67.

United akhirnya melengkapkan kemenangan penuh gaya apabila Marcus Rashford mengecewakan penjaga gol Fulham, Sergio Rico pada minit ke-82 menerusi sepakan bola lencong yang menerjah masuk melalui tepi tiang gol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Disember 2018 @ 1:29 AM