Pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek. FOTO Agensi
Pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek. FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek dilaporkan tidak berminat meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain kebangsaan Belanda yang melakukan 36 penampilan buat Red Devils pada kempen 2020-21 tetapi bergelut memburu tempat ketika musim pertama di kelab itu dengan hanya meledak satu gol.

Pemain berusia 24 tahun itu berterusan dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford dan terdapat minat tinggi dari kelab Itali, Sepanyol dan Jerman.

Bagaimanapun, menurut Manchester Evening News, Van de Beek dijangka menolak minat daripada kelab lain untuk bersaingan merebut tempatnya di Man United musim depan.

Laporan menyatakan perancang tengah itu berasa 'cergas, segar dan bersedia untuk cabaran', selepas tersisih daripada Kejohanan Eropah kerana mengalami kecederaan pangkal paha.

Van de Beek yang menandatangani kontrak lima tahun bersama skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer sejurus tiba September lalu, kembali pada sesi latihan pra musim minggu ini tetapi dijangka tidak akan terbabit dalam aksi persahabatan berdepan Queens Park Rangers pada Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 9:28 AM