Donny van de Beek. FOTO MUFC
Donny van de Beek. FOTO MUFC
AFP

MANCHESTER United mengumumkan kejayaan menandatangani pemain tengah Ajax, Donny van de Beek sekitar 39 juta Euro (RM191.48 juta) serta penambahan lain.

Ole Gunnar Solskjaer menjadikan pemain berusia 23 tahun Belanda itu pembelian pertamanya pada musim panas ini.

Van de Beek menandatangani kontrak lima tahun di Old Trafford dengan pilihan lanjutan kontrak, beraksi 175 penampilan buat Ajax dan menjaringkan 41 gol.

Dia memainkan peranan penting dalam kemaraan Ajax ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara 2018-19.

"Saya tak dapat memulakan bagaimana untuk menjelaskan memperoleh peluang menakjubkan ini dengan menyertai kelab yang mempunyai sejarah hebat," kata Van de Beek.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Ajax. Saya membesar di sana dan akan sentiasa mempunyai ikatan istimewa dengan kelab.

"Saya sudah bersedia mengambil langkah berikutnya dalam karier serta beraksi di peringkat tertinggi bersama Manchester United."

Solskjaer pula berkata : "Donny ada semua ciri teknikal diperlukan untuk cemerlang bersama pasukan ini dan dia juga mempunyai personaliti untuk berjaya di Manchester United.

"Kemampuannya melihat ruang, memilih detik tepat untuk bertindak dan membaca perlawanan menepati kualiti barisan tengah kami. Malah ketibaannya akan memperkuatkan pilihan di posisi itu."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 9:32 AM