MESSI kekal menjadi kesayangan Barca. FOTO AFP
MESSI kekal menjadi kesayangan Barca. FOTO AFP
Agensi

Barcelona: Selepas menjadi ejen bebas minggu lalu, Lionel Messi kini berharap dapat mencapai persetujuan kontrak baharu dengan Barcelona dan rundingan dalam tempoh beberapa hari lagi sangat penting bagi menentukan masa depannya.

Selepas El Mundo mendedahkan jumlah pendapatan Messi di Barcelona, akhbar Perancis L'Equipe pula mendedahkan Messi kini kehilangan 100,000 euro (RM497,000) sehari sejak meninggalkan Barca.

Menurut El Mundo, Messi meraih 138.9 juta euro (RM691 juta )semusim di Barcelona yang tidak lagi diperolehi pemenang enam kali Ballon d'Or itu.

Presiden Barcelona Joan Laporta sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan Messi menandatangani kontrak baharu.

"Saya lebih suka berkata ia sudah dicapai tetapi tidak seperti itu. Rundingan berjalan lancar tetapi belum tamat. Ideanya ialah untuk menamatkannya secepat mungkin,'' kata Laporta kepada media.

"Kami tetap yakin kerana dia mahu kekal."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 9:12 AM