AGUSTINA tidak bertanggungjawab atas kematian Maradona. FOTO AFP
AGUSTINA tidak bertanggungjawab atas kematian Maradona. FOTO AFP
AFP

San Isidro, Argentina: Psikiatri yang merawat Diego Maradona ketika dia meninggal dunia November lalu menafikan sebarang tanggungjawab ke atas kematian legenda bola sepak selepas pakar mendakwa dia bersalah kerana mengabaikannya, kata peguamnya semalam.

Agustina Cosachov, 36, memberi tahu kepada penyiasat, legenda itu 'meninggal dunia akibat masalah koronari dan sama sekali tidak berkaitan dengan masalah psikiatri yang dia hadapi," kata peguam Vadim Mischanchuk.

"Dia seorang doktor psikiatri dan tiada kaitan dengan pengurusan klinikal pesakit," kata peguam.

Agustina adalah seorang pakar dan dia adalah satu dari tujuh pakar perubatan yang disiasat bagi kes kematian Maradona yang sedang dibicarakan di Argentina.

Menurut rekod penyiasatan, Agustina dan pakar bedah saraf Leopoldo Luque, 39, adalah individu yang bertanggungjawab menguruskan Maradona.

Kapten pasukan Argentina yang membawa pasukan itu menjuarai Piala Dunia 1986 meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung pada usia 60 tahun seminggu selepas menjalani pembedahan otak kerana darah beku.

Agustina dan psikologi Carlos Diaz, 29, mendapati Maradona meninggal dunia di atas katil di sebuah rumah sewa di kawasan Buenos Aires di mana dia menerima rawatan di rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 9:13 AM