HASIL bedah siasat yang dijalankan ternyata Maradona meninggal dunia bukan disebabkan bahan terlarang dan alkohol. AFP
HASIL bedah siasat yang dijalankan ternyata Maradona meninggal dunia bukan disebabkan bahan terlarang dan alkohol. AFP
AFP

Buenos Aires: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona mengalami kerosakan di bahagian hati, ginjal dan jantung namun tiada sebarang tanda pengambilan alkohol atau dadah dalam laporan bedah siasatnya.

Ketua pasukan yang membantu Argentina muncul juara Piala Dunia 1986 itu meninggal dunia akibat serangan jantung 25 November lalu pada usia 60 tahun.

Pendakwaraya di San Isidro, bahagian utara Buenos Aires, mengeluarkan keputusan bedah siasat itu semalam.

Ia adalah sebahagian daripada arahan ke atas siasatan kematiannya untuk memastikan sama ada ia disebabkan kelalaian atau kecuaian dalam ke atas rawatan kesihatan yang diberikan kepadanya.

Pada akhir hayatnya Maradona menderita pelbagai penyakit termasuk kerosakan hati, penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Analisis toksikologi menunjukkan tiada alkohol atau dadah dalam darah atau air kencingnya tetapi Maradona ada mengambil ubat seperti meredakan tekanan, sawan dan ulser.

Maradona pernah bergelut dengan ketagihan kokain dan alkohol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 1:09 AM