ZII Jia tewas kepada Lakshya Sen. Badminton Photo
ZII Jia tewas kepada Lakshya Sen. Badminton Photo
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sekali lagi berdepan nasib malang apabila tersingkir di pusingan pertama Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Kali ini dia terpaksa akur dengan kehebatan pemain India, Lakshya Sen apabila kalah 17-21, 13-21 pada aksi yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga berturut-turut Zii Jii yang kedudukan ranking dunianya kini jatuh di tangga ke-11 tewas di pusingan awal.

Sebelum ini, bekas juara Asia itu tersingkir di pusingan kedua Masters Malaysia dan pusingan pertama Terbuka Singapura, minggu lalu.

Ia juga adalah kekalahan ketiga Zii Jia di tangan Lakshya yang menang dua daripada tiga pertemuan antara mereka sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2023 @ 2:13 PM