ZII JIA terkandas di pusingan kedua Indonesia Masters. FOTO Photo Badminton
ZII JIA terkandas di pusingan kedua Indonesia Masters. FOTO Photo Badminton
Zulkarnain Azman


"Saya minta maaf kerana tidak dapat menang perlawanan ini,"

Itu komen perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia selepas tumpas di pusingan kedua badminton Indonesia Masters semalam.

Menurut Zii Jia, dia mengakui sudah melakukan sehabis baik pada aksi itu namun masih belum cukup untuk menewaskan lawannya untuk mara ke pusingan suku akhir kejohanan berkenaan.

"Saya dah buat yang terbaik dan ini keputusannya. Jadi saya terima sahaja.

"Terima kasih kepada penyokong yang sentiasa sabar dan menyokong saya pada aksi itu," katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Indonesia semalam, Zii Jia akur tumpas kepada wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.

Ini adalah kali ketiga berturut-turut tahun ini Zii Jia tidak dapat merasai aksi suku akhir apabila sebelum ini terkandas di pusingan pertama Terbuka Malaysia dan tersekat di pusingan kedua Terbuka India.

Selepas memenangi set pertama, Zii Jia yang menduduki ranking keempat dunia bergelut di permainan penentuan sebelum tumpas 21-16, 20-22, 13-21.

Ia juga kekalahan kali kedua Zii Jia kepada pemain ranking ke-18 dunia itu, di mana sebelum ini dia kalah di suku akhir Terbuka New Zealand 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2023 @ 5:32 PM