JUVENTUS dilaporkan sedia melepaskan Ronaldo. FOTO Agensi
JUVENTUS dilaporkan sedia melepaskan Ronaldo. FOTO Agensi
Agensi

JUVENTUS dilaporkan tidak lagi menganggap Cristiano Ronaldo sebagai 'tidak boleh dijual' dan boleh dibeli dengan tanda harga £54 juta (RM299.2 juta).

The Sun Sports difahamkan Paris Saint-Germain (PSG) sedang melihat perkembangan semasa bintang Portugal itu dan mungkin berminat untuk mendapatkan khidmatnya selepas berakhir kempen Liga Juara-Juara.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes dilaporkan sudah menerima tawaran daripada antara kelab terbesar Eropah sejak Juventus tersingkir daripada saingan Eropah.

Di sebalik melakar rekod jaringan dan sekali lagi memenangi saingan Serie A, Ronaldo mengakhiri musim ini dengan kekecewaan.

Kekalahan di final Suppercoppa Italiana dan Coppa Italia bertambah buruk apabila Juventus tersingkir di Liga Juara-Juara.

Selepas kekalahan kepada Lyon, Maurizio Sarri dipecat dan digantikan dengan legenda kelab itu, Andrea Pirlo tetapi kurang berpengalaman sebagai jurulatih.

Ronaldo yang masih mempunyai baki kontrak dua tahun di Juventus, ditawarkan ke Perancis bersama Neymar di PSG.

Pengkritik bola sepak Sepanyol, Guillem Balague pula mendakwa kembali ke LaLiga bersama Barcelona adalah satu lagi pilihan untuk Ronaldo.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 9:52 PM