CRISTIANO Ronaldo. FOTO AFP
CRISTIANO Ronaldo. FOTO AFP
Agensi

Rom: Legenda Juventus, Gianluigi Buffon mendakwa Cristiano Ronaldo merosakkan peluang kelab itu untuk memenangi Liga Juara-Juara.

Ronaldo, 36, menyertai Juventus pada 2018, setahun selepas kelab itu melangkah ke pentas final Liga Juara-Juara.

Buffon yang ketika itu bersama Paris Saint-Germain (PSG) semasa Ronaldo tiba di Turin berkata, Juventus mempunyai peluang untuk muncul juara Liga Juara-Juara ketika dia tiba pada 2019.

Juventus gagal dalam Liga Juara-Juara ketika bintang Manchester United itu berada dalam pasukan dan Buffon percaya ia berlaku kerana kelab itu kehilangan identiti atau DNA apabila adanya Ronaldo.

Buffon memberitahu TUDN.com: "Juventus mempunyai peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara pada tahun pertama dia (Ronaldo) tiba.

"Ketika itu saya berada di PSG. Saya tak tahu apa yang berlaku.

"Sebaik kembali, saya dapat beraksi dengan Ronaldo selama dua tahun dan kami dapat menampilkan aksi terbaik tetapi saya berasakan Juventus kehilangan identiti sebagai sebuah pasukan.

"Kami melangkah ke final Liga Juara-Juara pada 2017 kerana kami dibarisi pemain berpengalaman tetapi kami beraksi sebagai satu unit pasukan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 7:58 PM