RONALDO dikatakan tidak gembira dengan prestasi Juventus. FOTO Agensi
RONALDO dikatakan tidak gembira dengan prestasi Juventus. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo 'tidak gembira' dan hampir menyertai Paris Saint-Germain sebelum Eropah dilanda pandemik koronavirus, menurut laporan mengejutkan di Perancis.

Superstar Portugal berusia 35 tahun itu berpindah dari Real Madrid ke Juventus hanya dua tahun lalu.

Tetapi menurut laporan France Football, dia kemudiannya menimbangkan pilihan dengan menjadikan PSG destinasi seterusnya kerana menjadi impian Ronaldo untuk beraksi bersama Neymar dan Kylian Mbappe.

Selain itu, Paris juga memberi kenangan manis kepada Ronaldo kerana ia bandar yang menyaksikan Portugal menjuarai Kejohanan Eropah pada 2016.

Kekecewaan Ronaldo bersama Old Lady didakwa mencapai kemuncak pada Oktober 2019 susulan perlawanan Liga Juara-Juara menentang Lokomotiv Moscow.

Walaupun Juve menang 2-1, Ronaldo tidak menjaringkan gol malah tiada bantuan jaringan dilakukannya dengan prestasi pasukan berada di bawah tahap sebenar.

Laporan itu turut menyebut dia memberi bayangan sedia meninggalkan Stadium Allianz selepas menyedari Turin tidak mempunyai tarikan hebat seperti Madrid atau Liga Perdana dan

PSG menjadi destinasi impian kerana hubungan rapatnya dengan Neymar selain mengagumi Mbappe sekaligus membentuk gandingan serangan paling berbisa di dunia.

Malah satu sumber mendakwa spekulasi itu hampir menjadi kenyataan sebelum pandemik menghentikan sebarang perpindahan berpotensi.

Sejak menyertai Juventus, Ronaldo memenangi Serie A dalam kedua-dua musim dan dari segi pencapaian individu, dia menjaringkan 63 gol dalam hanya 88 penampilan tetapi gagal meraih Kasut Emas yang menjadi milik Ciro Immobile.

RONALDO berminat bergandingan dengan Neymar dan Mbappe di PSG. FOTO Agensi
RONALDO berminat bergandingan dengan Neymar dan Mbappe di PSG. FOTO Agensi

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 9:03 PM