Thiago Silva. FOTO AFP
Thiago Silva. FOTO AFP
Agensi

EVERTON dilaporkan mengadakan perbincangan bersama Thiago Silva mengenai potensi melengkapkan perpindahan percuma pada musim panas ini.

Silva, 35, bersedia meninggalkan Paris Saint-Germain pada musim panas ini selepas berakhir kempen Liga Juara-Juara pada Ogos.

Laporan menyatakan kelab Liga Perdana sedang mengintai peluang mengikat pertahanan veteran Brazil dengan perpindahan percuma.

The Toffees berdepan beberapa saingan daripada kelab ketika faktor hubungan kuat pengurus kelab berkenaan, Carlo Ancelotti menjadi sandaran utama menurut pakar perpindahan, Nicolo Schira.

Ancelotti dan Silva pernah berkerja sama di Perancis bersama PSG.

Silva yang menjadi anggota tetap dalam pasukan Brazil sebelum perpindahan ke AC Milan, tidak akan kekal di Fluminense.

"Saya sangat gembira buat Fluminense dan terhadap semua yang diberikan kepada saya, tapi saya masih mempunyai impian untuk dicapai di Eropah," kata Silva.

Khabar mengenai Silva bakal beraksi di Goodinson Park mendapat perhatian peminat Everton yang meluahkan pelbagai maklum balas di media sosial.

"Saya akan membeli jersi Everton pertama saya jika ia benar-benar berlaku," kata seorang pengguna media sosial.

Pengguna Twitter kedua pula mencatat : "Saya fikir dia adalah pembelian jangka pendek terbaik, pemenang yang diiktiraf, pembimbing yang terbukti."

Tambah seorang lagi pengguna media sosial : "Sangat bagus untuk mempunyai ketua yang berpengalaman di barisan belakang siapa tahu ia diperlukan untuk menang."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 1:38 PM