LOPES anggap Botafogo dan Fluminense kelab yang degil tidak mahu sambung saingan. FOTO Agensi
LOPES anggap Botafogo dan Fluminense kelab yang degil tidak mahu sambung saingan. FOTO Agensi
AFP

SAINGAN bola sepak di Brazil akan kembali bersambung dengan penyandang juara Carioca dan Copa Copa Libertadores, Flamengo akan berdepan Bangu bagi saingan negeri wilayah Rio de Janeiro.

Bagaimanapun, penyambungan semula saingan mendapat tentangan sengit termasuk daripada dua kelab gergasi Rio, Botafogo dan Fluminense.

Dalam mesyuarat virtual yang agak tegang malam Selasa lalu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Rio, Rubens Lopes membandingkan dua kelab degil sebagai pelajar bermasalah.

"Pelajar yang baik, sentiasa mengulangkaji pelajaran, bersedia untuk peperiksaan dan hadir pada hari peperiksaan tapi mereka yang bermasalah sentiasa menangguhkan peperiksaan," kata Lopes.

Stadium ikonik Rio, Maracana, yang menganjurkan perlawanan akhir Piala Dunia 2014, akan menjadi veneu perlawanan berkenaan.

Ia akan menjadi saingan bola sepak pertama disambung semula di Amerika Selatan, walaupun membabitkan Kejohanan Carioca.

Saingan liga kebangsaan pertama yang akan disambung semula adalah di Paraguay pada 17 Julai depan.

Aksi bola sepak di benua berkenaan terpaksa ditangguhkan selama tiga bulan disebabkan pandemik Covid-19.

Beberapa kelab dan doktor berkeras untuk memulakan saingan, tatkala Rio adalah bandar kedua paling teruk dilanda virus berkenaan di Brazil.

Hampir 8,000 terkorban akibat Covid-19 di Rio dan lebih 83,000 dijangkiti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2020 @ 2:02 PM