AFP

KEMENANGAN kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City adalah “paling sukar” dilalui sepanjang pengalaman Vincent Kompany selepas skuad Pep Guardiola bersaing dengan Liverpool dalam hari penentuan dramatik malam tadi.

City menang 4-1 dengan Sergio Aguero, Aymeric Laporte, Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan mencetak nama dalam senarai penjaring selepas Glenn Murray memberi kejutan kepada skuad tuan rumah menerusi gol pembukaan Brighton pada babak pertama.

Rentetan kemenangan buat kali ke-14 memastikan skuad kendalian Guardiola mengatasi Liverpool dengan satu mata tatkala penantian Reds untuk menjuarai liga berterusan biarpun menang 2-0 ke atas Wolves di Anfield sekali gus memastikan Liverpool memungut mata ketiga teratas dalam sejarah liga perdana.

Pemain pertahanan Manchester City Vincent Kompany (tengah) memegang trofi Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP.
Pemain pertahanan Manchester City Vincent Kompany (tengah) memegang trofi Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP.

“Berturut-turut.. saya rasa ia adalah paling sukar, antara saingan liga perdana yang cukup mencabar,” kata Kompany kepada Sky Sports.

“Liverpool adalah luar biasa. Saya tidak bermaksud menidakkan pencapaian mereka, keputusan adalah keputusan, mereka tidak berhak untuk kalah.

“Ia membuatkan saya bertambah gembira apabila kami beraksi dalam pasukan yang hebat seluruh musim. Kami bertahan dan memenanginya di Etihad dan hari ini kami berjaya berada di depan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 1:01 AM
Vincent Kompany meraikan kejayaan pasukannya. FOTO Reuters.
Vincent Kompany meraikan kejayaan pasukannya. FOTO Reuters.