Vincent Kompany mengangkat trofi Piala FA dan meraikan bersama rakan sepasukannya. FOTO EPA.
Vincent Kompany mengangkat trofi Piala FA dan meraikan bersama rakan sepasukannya. FOTO EPA.
Agensi

KAPTEN Manchester City, Vincent Kompany berkata, pasukannya adalah “terbaik di dunia” selepas membelasah Watford 6-0 pada final Piala FA untuk merangkul tiga kejuaraan yang belum dicatat sebelum ini.

Buat pertama kali dalam sejarah pasukan bola sepak Inggeris memenangi tiga kejuaraan domestik - Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Piala Carabao (liga).

“Kelab yang cemerlang dan pencapaian yang membanggakan,” kata Kompany kepada BBC Sport.

“Ia bermula dengan pengurus, dia meletakkan standard tinggi daripada permulaan musim dan berkata kami harus melakukan pencapaian berturut-turut (kejuaraan Liga Perdana).

“Ini adalah barisan terbaik di dunia buat saya. Untuk meletakkan standard tinggi sudah terlalu lama - bukan kerana satu tahun tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini.

Pemain pertahanan Manchester City, Vincent Kompany (kiri) mengatasi pemain Watford, Gerard Deulofeu pada aksi final Piala FA. FOTO AFP.
Pemain pertahanan Manchester City, Vincent Kompany (kiri) mengatasi pemain Watford, Gerard Deulofeu pada aksi final Piala FA. FOTO AFP.

Dua pasukan Inggeris sudah melengkapkan tiga kejuaraan termasuk Liga Juara-Juara apabila Liverpool melakukannya dua kali pada musim 1983-84 dan 2000-01.

Dan Manchester United memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara pada 1999 tetapi terlepas Piala Liga.

Sebagai pengurus Pep Guardiola selepas melengkapkan hatrik tersendiri mereka, City mungkin menjadi lebih baik pada musim depan.

“Kami harus melakukannya, perlu sentiasa memperbaiki. Tiada masa untuk berpeluk tubuh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 1:21 PM