MAYAT Sala ketika tiba di pelabuhan Portland awal pagi tadi. -Foto AFP
MAYAT Sala ketika tiba di pelabuhan Portland awal pagi tadi. -Foto AFP
Reuters

MAYAT pemain bola sepak profesional kelahiran Argentina, Emiliano Sala dikenal pasti secara rasmi selepas ia dibawa ke pelabuhan Portland awal pagi tadi, menurut polis Britain dalam satu kenyataan.

Sala, 28, berada dalam penerbangan dari Nantes di barat Perancis pada 21 Januari lalu untuk membuat penampilan sulung bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Cardiff City apabila pesawat ringan dinaikinya hilang di Selat Inggeris.

Pesawat enjin tunggal Piper Malibu itu terhempas ke laut. Bangkai pesawat ringan itu ditemui Ahad lalu susulan pencarian dalam air.

Mayat itu ditemui Rabu lalu daripada bangkai kapal terbang yang membawa Sala dan pemandu David Ibbotson, menurut cawangan siasatan kemalangan udara (AAIB).

Sala bersetuju menyertai kelab Wales, Cardiff dengan rekod bayaran kelab £15 juta (RM79 juta) dari kelab Ligue 1 Perancis, Nantes.

Keluarga Sala dan Ibbotson sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini dan siasatan mengenai punca kemalangan itu masih diteruskan, menurut polis awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Februari 2019 @ 8:01 AM