BUNGA kuning diletakkan di depan potret Sala di Stadium Beaujoire di Nantes, Perancis. - FOTO AFP
BUNGA kuning diletakkan di depan potret Sala di Stadium Beaujoire di Nantes, Perancis. - FOTO AFP
Reuters

MAYAT pemain bola sepak Emiliano Sala tiba di Argentina hari ini bagi majlis penghormatan dan pengebumian di kampung halamannya hujung minggu ini.

Gambar TV menunjukkan van membawa mayat pemain itu dan diberi kawalan polis keluar dari lapangan terbang Buenos Aires.

Mayat itu dibawa ke Progreso, kira-kira 538km ke barat laut ibu negara Buenos Aires, bagi majlis penghormatan kali terakhir.

Sala, 28, berada dalam penerbangan dari kelab terdahulunya Nantes di barat Perancis ke Wales pada 21 Januari lalu untuk menyertai Cardiff City apabila pesawat ringan Piper Malibu hilang di Selat Inggeris.

Bangkai pesawat ditemui pada 3 Februari lalu susulan pencarian di laut dan mayat ditemui tiga hari kemudian.

Pengurus Cardiff City, Neil Warnock dan ketua eksekutif Ken Choo antara yang menghadiri majlis pengembumian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 12:25 AM