Lineker anggap selfie Ronaldo tak kena masa. FOTO EPA/IG CR7/IG Gary Lineker
Lineker anggap selfie Ronaldo tak kena masa. FOTO EPA/IG CR7/IG Gary Lineker
Daily Mail

BEKAS penyerang England, Gary Lineker mengkritik Cristiano Ronaldo kerana mengirim foto selfie ‘tidak kena masa’ sebelum berlepas menaiki pesawat peribadinya.

Pengulas sukan The Match of the Day itu membuat tweet kepada bintang Juventus itu dengan mengatakan: “Bukan hari untuk tweet ini. Ia benar-benar tidak perlu.”

Gambar penyerang bintang Portugal itu selfie muncul ketika pesawat dinaiki pemain Cardiff City, Emiliano Sala hilang dari radar ketika terbang dari Nantes ke Cardiff, kelmarin masih belum ditemui ketika dia dalam laluan melengkapkan perpindahan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Sala menaiki pesawat kecil Piper Malibu yang ‘lesap’ ketika melalui Selat Inggeris dan pemain terbabit itu kini dianggap sudah mati.

Bintang Argentina itu ditandatangani oleh Cardiff pada nilai £15j (RM81 juta) adalah antara dua penumpang dalam perjalanan pulang ke Wales dari Nantes selepas mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukan Ligue 1.

Polis Guernsey mengumumkan pencarian pesawat dinaiki Sala dihentikan jam 1 pagi semalam dan disambung semula hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 7:32 PM