Sala bersama ibunya, Mercedes Taffarel yang menganggap impiannya untuk beraksi di United Kingdom (UK) tercapai sebelum ini. FOTO Daily Mail/BBC
Sala bersama ibunya, Mercedes Taffarel yang menganggap impiannya untuk beraksi di United Kingdom (UK) tercapai sebelum ini. FOTO Daily Mail/BBC
Daily Mail

PEMAIN Cardiff City, Emiliano Sala memberitahu rakan baiknya dia ‘ketakutan’ sewaktu berada dalam pesawat ringan jenis Piper FA-46 dinaikinya yang hilang ketika merentasi Selat Inggeris, kelmarin.

Dalam rakaman suara audio Whatsapp dihantar kepada rakan baiknya, pemain bolasepak Argentina itu menyatakan ‘pesawat rasa macam nak tertanggal’ sebelum memberitahu mereka mungkin perlu menghantar seseorang untuk mencarinya.

Sala dan juruterbangnya berkomunikasi kali terakhir daripada pesawat dinaiki mereka berhampiran rumah api Casquets yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Barat Laut Alderney sekitar jam 8.30 malam selepas lebih sejam berlepas dari Nantes.

Mereka dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Cardiff.

Helikopter keselamatan pantai dan bot keselamatan melakukan pencarian sekitar 1,800 km (1,100 batu persegi) sebelum menghentikan operasi selepas tengah malam.

Mereka tidak menemui apa-apa kecuali serpihan dan Polis Guernsey menyatakan peluang mereka berdua hidup sekiranya terhempas dalam air terlalu sejuk sangat tipis.

Malah, mereka turut memberi amaran berkemungkinan langsung tidak menemui mereka.

Dalam rakaman suara audio itu juga, Sala berkata dalam bahasa Sepanyol: 'Hello, bagaimana semuanya? Sahabat, saya benar-benar letih sekarang. Saya di Nantes menyelesaikan banyak perkara, buat itu dan ini.

'Saya sekarang berada dalam pesawat rasa macam nak tertanggal. Saya hendak ke Cardiff sekarang, gila dan esok saya akan bermula. Saya akan berlatih bersama rakan sepasukan baru saya esok.”

Dalam satu rakaman suara lain yang dihantar kemudian dia berkata: “Bagaimana anda semua, semua baik?

“Jika anda tidak mendapat berita dalam tempoh sejam setengah dari sekarang, saya rasa mereka perlu menghantar seseorang untuk mencari. Saya berasa takut!”

Sala ditandatangani dari kelab Perancis Nantes pada harga 17 juta euro (RM79.9 juta) Sabtu lalu, terbang ke Cardiff menaiki pesawat berkenaan yang kemudian hilang daripada radar.

Berita berkaitan:Pemain Cardiff City dikhuatiri maut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 1:23 PM