ROELANT OLTMANS
ROELANT OLTMANS
Saiful Affendy Sapran

 

 

KUALA LUMPUR: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan pelantikan Roelant Oltmans sebagai ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara yang baharu.

Beliau mengumumkan perkara itu pada satu sidang media di Bukit Jalil, sebentar tadi.   

Pengendali terkemuka dari Belanda itu menggantikan Stephen Van Huizen yang kini menggalas tugas selaku penolong ketua jurulatih dan pengurus skuad kebangsaan.

Bekas jurulatih India dan Pakistan itu mempunyai misi utama memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi kempen kelayakan tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 3:48 PM