KRISIS dalam kalangan pelajar boleh pengaruhi perkembangan akademik dan keseluruhan hidup mereka. -Gambar hiasan
KRISIS dalam kalangan pelajar boleh pengaruhi perkembangan akademik dan keseluruhan hidup mereka. -Gambar hiasan
Suliati Asri


Golongan pelajar sering dilihat berdepan pelbagai krisis dalam kehidupan mereka.

Lebih membimbangkan, kegagalan mengawal krisis membawa kesan negatif kepada diri pelajar itu sendiri.

Bagaimanapun, jika krisis itu berjaya ditangani, ia dapat memberi kesan yang baik kepada perkembangan kendiri.

Justeru, intervensi krisis yang berkesan perlu dalam memberi bimbingan, sokongan dan psikologi pendidikan kepada pelajar yang mengalami krisis.

Menurut Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kadaruddun Aiyub, kemahiran komunikasi adalah penting dalam menangani krisis terutama membabitkan pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT).

SOKONGAN dan perhatian penting membantu pelajar menangani krisis. - Gambar hiasan
SOKONGAN dan perhatian penting membantu pelajar menangani krisis. - Gambar hiasan

Menurutnya, pendekatan yang diambil di fakulti di bawah pimpinannya adalah dengan mengaplikasikan beberapa elemen dalam membuat keputusan.

"Di FSSK sendiri, apa yang kami lakukan terutama dalam kurikulum ada dua perka

ra pertama, secara terus yang memang kami masukkan beberapa elemen dalam membuat keputusan.

"Aspek ini penting kerana ia akan berkait dengan analisis data dan akhirnya akan pergi kepada keputusan yang akan dibuat.

"Ini memang ada dalam kurikulum yang baharu dan akan dilaksanakan tahun ini," katanya.

KESEJAHTERAAN mental harus menjadi keutamaan. -Gambar hiasan
KESEJAHTERAAN mental harus menjadi keutamaan. -Gambar hiasan

Kedua, kata Dr Kadaruddun adalah dalam konteks kerja pelajar menguruskan projek sebagai contoh program secara langsung.

"Di situ berlaku keputusan dan krisis. Ini juga dapat dipelajari terus dan akan dilaksanakan dalam semua program.

"Di fakulti ini sendiri, kami tidak pernah lekang dalam semua aktiviti pelbagai bentuk kerana belajar daripada pengalaman adalah satu perkara yang dititik beratkan untuk masa depan," katanya.

Dr Kadaruddun berkata, memberi kefahaman tepat berkaitan krisis dalam kalangan pelajar atau remaja adalah penting supaya maklumat diperoleh dapat dijadikan asas garis panduan dan penentu dalam mengendalikan krisis secara berkesan.

"Apa yang paling penting adalah menghindari krisis. Saya lihat ia satu perkara yang sangat penting dan berkait juga dengan tahap kesihatan mental kita.

"Jadi, perkara sebegini perlu diketengahkan, cuba didik dan tunjuk juga apa impak yang akan berlaku," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Kadaruddun berkata, perkara yang perlu ditekankan adalah apa juga keputusan diambil pelajar sebenarnya mereka tetap berhadapan dengan krisis sama ada dalaman atau yang datang dari luar.

"Pengurusannya akan membolehkan kejayaan, jadi itu yang kami pandang serius. Ini bukan hanya untuk sebahagian kelompok, tapi untuk semua pelajar.

PENGURUSAN projek dapat membantu pelajar menghadapi dan menyelesaikan krisis. -Gambar hiasan
PENGURUSAN projek dapat membantu pelajar menghadapi dan menyelesaikan krisis. -Gambar hiasan

"Daya tahan generasi sekarang sangat kurang, jadi kalau tidak diutamakan bagaimana untuk mengurus krisis, ia akan menjadi masalah. Itu pandangan kami dalam pendidikan ini dan itu adalah satu perkara yang sangat penting," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kursus Merangkap Penyelaras strategik FSSK, Dr Ammar Redza Ahmad Rizal berkata, krisis terutama dalam kalangan pelajar sesuatu yang harus ditangani dengan baik kerana ia boleh mempengaruhi tidak hanya perkembangan akademik, tetapi juga keseluruhan kehidupan mereka.

Katanya, dengan timbulnya krisis pelajar mungkin mereka menghadapi masalah motivasi, pencapaian akademik yang rendah dan ketidakstabilan emosi.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan sokongan diperlukan pelajar supaya mereka dapat menghadapi dan menyelesaikan krisis ini dengan jayanya.

"Selain itu, adalah penting bagi kita dalam memastikan pelajar rasa didengar dan dipedulikan dalam situasi ini.

"Beri mereka ruang untuk berkongsi perasaan dan kebimbangan tanpa takut dihukum atau diabaikan," katanya.

Dr Ammar berkata, melalui pendekatan empati dan pemahaman yang mendalam terhadap setiap individu, kita dapat membantu mereka merasakan sokongan sejati.

"Dalam masa sama, penjagaan diri dan kesejahteraan mental pelajar harus menjadi keutamaan dalam penyelesaian krisis ini.

"Menerapkan gaya hidup sihat, mempraktikkan teknik-teknik relaksasi dan memberikan akses kepada persekitaran yang seimbang juga mampu menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dalam menangani krisis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2024 @ 7:00 AM