Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi


TARIKH pembukaan sesi persekolahan dijangka ditentukan esok selepas satu mesyuarat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diadakan bagi membincang lebih mendalam mengenai pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat esok dan digantikan dengan fasa pemulihan yang membolehkan pembukaan beberapa sektor penting lain.

"Dalam proses itu (fasa pemulihan) kita bukan saja akan membuka sektor ekonomi tetapi sukan, perniagaan dan pelajaran.

"Esok kita akan adakan mesyuarat dengan KPM untuk bincang tarikh sesuai (pembukaan sekolah), kalau kita dapat tetapkan esok (tarikh), ibu bapa diberi masa dua minggu untuk membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah," katanya dalam sidang media harian hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Menurutnya, buat permulaan seperti perbincangan awal sebelum ini pelajar Tingkatan 5 dan 6 akan memulakan sesi persekolahan terlebih dulu.

"Mungkin kita akan mula dengan Tingkatan 5 dan 6 sebelum kita buka untuk semua pelajar lain.

"Ini adalah perancangan kita tetapi perbincangan mendalam akan dilakukan esok dalam mesyuarat bersama KPM," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 7:08 PM