AHLI panel pada forum bertemakan Memandaikan Anak-Anak Melalui Sastera: Sastera Barat Lebih Wajar? FOTO ihsan FBMK
AHLI panel pada forum bertemakan Memandaikan Anak-Anak Melalui Sastera: Sastera Barat Lebih Wajar? FOTO ihsan FBMK

Serdang: Sebanyak lima kertas kerja dibentangkan pada Seminar Sastera Kanak-Kanak dan Remaja kali ke-12 di Dewan Za'ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK, Universiti Putra

Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Seminar anjuran FBMK dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jaringan Komuniti Sastera Kanak-Kanak dan Remaja, e-Media Sdn Bhd, Genius @ Pintar dan Pertubuhan Penulis Kuala Lumpur itu diadakan pada 13 Jun lalu.

Majlis dirasmikan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP, Mohd Salahuddin Mohamed.

Hadir sama, Profesor Adjung FBMK, Prof Datuk Dr Siti Zainon Ismail, Ketua Jabatan Melayu, FBMK merangkap Pengerusi Jaringan Komuniti Sastera Kanak-Kanak dan Remaja, Prof Madya Dr Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi dan Ketua Bahagian, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Roziah Md Yunus.

Lima kertas kerja dibentangkan Nik Rafidah (UPM), Dr Halis Azhan Mohd Hanafiah (UPM), Prof Madya Dr Roslina Abu Bakar (UPM), Dr Hamizah Hashim (UM) dan Dr Khaitiri Arumugam (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir, Kedah).

Selain itu, sebanyak 16 kertas kerja turut dibentangkan oleh pelajar yang mengikuti kursus BBK3214, Sastera Kanak-Kanak dan Remaja.

Seminar turut mengadakan forum yang bertemakan Memandaikan Anak-Anak Melalui Sastera: Sastera Barat Lebih Wajar?

Forum ini menampilkan panel iaitu Ketua Program Pengayaan, Pusat Genius@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Meor Muhammad Saiful Nizan Mohd Saali; Presiden Persatuan Penulis Kuala Lumpur, Ishak Hamzah; pensyarah dari Universiti Antarabangsa Albukhary, Norazly Nordin dan Ketua Bahagian, Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP, Saifulizan Yahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 3:43 PM