ANTARA peserta yang menamatkan perlumbaan Maraton Twincity.
ANTARA peserta yang menamatkan perlumbaan Maraton Twincity.
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Lebih 8,000 peserta menyertai larian Maraton Twincity 2024 yang menyaksikan lebih 24 negara mengambil bahagian di Persiaran Flora Cyberjaya semalam.

Antara negara terlibat adalah Qatar, Brazil, Kenya, Hong Kong, Singapura, Brunei, United Kingdom yang menyertai larian itu terutama bagi acara 42 kilometer (KM).

Pada edisi kali ini, pihak penganjur melakukan sedikit kelainan dengan menganjurkannya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ada di antara peserta berlari dengan berpakaian hari raya.

Edisi kali ini juga dilihat sebagai medan terbaik untuk mereka melakukan persiapan lebih rapi untuk menyambut Jubli Emas kali ke-10 pada 2025.

Selain itu, bagi memastikan peserta merasai suasana hari raya, penganjur juga mengadakan rumah terbuka kepada peserta terlibat dengan menyediakan pelbagai juadah.

Selain acara 42km (Full Marathon) terdapat beberapa kategori lain seperti 5km (Fun Run), 12km (Race) dan 21km (Half Marathon).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2024 @ 4:07 PM