Total Image Smelly No More adalah penyelesaian bagi permasalahan bau badan dialami. - FOTO Total Image
Total Image Smelly No More adalah penyelesaian bagi permasalahan bau badan dialami. - FOTO Total Image
Suliati Asri

DENGAN norma baharu ketika mendepani pandemik Covid-19, kita digalakkan tinggal di rumah. Namun, dengan hanya duduk di rumah saja sebenarnya memberi banyak cabaran.

Ia kerana pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan dalam satu masa seperti bekerja dari rumah, melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan perlu menguruskan rumah tangga terutama untuk wanita.

Rumah pula tidak mempunyai penyaman udara, ia pastinya membuatkan kita banyak berpeluh sekali gus mengundang bau kurang menyenangkan.

Keadaan itu pastinya merimaskan walaupun hanya duduk di rumah.

Memahami keadaan ini, Total Image Smelly No More Roll On dan Spray Deodorant yang dipercayai lebih dari 20 tahun adalah penyelesaian bagi permasalahan bau badan dialami.

Deadoran Total Image Smelly No More ini diperbuat daripada garam mineral semula jadi dan tulen sekali gus dapat menghilangkan bau secara semula jadi dengan menghalang pembiakan bakteria punca sebenar bau badan.

Image

Menariknya, produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif bagi dewasa dan kanak-kanak kerana ia tidak mengandungi bahan kimia dan wangian yang merbahaya terutamanya Aluminium Klorohidrat.

Ia juga tidak menggelapkan kulit atau mengotorkan baju, tidak berminyak, melekit dan tiada bahan alkohol.

Total Image Smelly No More boleh digunakan pada bahagian badan yang kerap mengalami masalah bau badan seperti ketiak, leher, belakang lutut, tapak tangan dan tapak kaki. 

Produk ini disyorkan untuk individu kerap berpeluh atau mereka yang sering melakukan aktiviti luar seperti ahli sukan.

ImageTestimoni pengguna - FOTO Total Image

Image

ImageTestimoni pengguna - FOTO Total Image

Total Image Smelly No More terdapat dalam dua bentuk iaitu batu kristal dan semburan (spray).

Deadoran batu kristal atau Total Image Smelly No More Crystal Roll On Deodorant Stick didatangkan dalam pek 60 gram (g) lebih kecil dan ringan serta sesuai dibawa ke mana-mana untuk kegunaan selama tiga bulan manakala saiz 120 g pula untuk penggunaan enam bulan. 

Untuk menggunakannya mudah saja iaitu dengan membersihkan badan dahulu untuk menyingkirkan bakteria kemudian basahkan permukaan atas batu kristal dengan air dan sapu pada bahagian badan yang memerlukannya. 

Bilas batu kristal dengan air selepas guna dan biarkan kering.

Bagi pengguna yang inginkan deodoran senang dipakai, mudah dibawa ke mana-mana, kecil dan ringan, Total Image Smelly No More deodorant spray 75ml  adalah pilihan tepat.

Hanya sembur pada bahagian yang kerap mengalami masalah bau badan selepas bersihkan badan. Mudah bukan.

Menariknya, selain digunakan pada bahagian badan berbau, ia juga boleh disembur pada pakaian yang mudah berbau seperti sarung kaki, baju, kasut dan tudung untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

Dengan formulasi berasaskan semula jadi dan air, ia juga membantu melegakan masalah tumit merekah yang disebabkan oleh kulit kering atau jangkitan bakteria.

Ia juga selamat untuk pengguna Islam kerana ia diperbuat daripada garam mineral semula jadi tanpa kandungan bahan alkohol. 

Lebih-lebih lagi, Total Image Smelly No More Deodorant Spray kini disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Smelly No More boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring, Aeon Wellness serta semua farmasi utama lain di seluruh negara pada harga runcit RM16.90 (60g), RM24.90 (120g) dan RM27.90 untuk semburan. 

Image
KLIK DI SINI

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-22761366 atau layari www.totalimage.com.my dan laman sosial Facebook/TotalImageMalaysia serta Instagram/totalimagemy.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 9:17 AM