Jam tangan pintar ini membolehkan anda mengembara dengan lebih yakin tanpa perlu risau tersesat jalan. - Foto HUAWEI
Jam tangan pintar ini membolehkan anda mengembara dengan lebih yakin tanpa perlu risau tersesat jalan. - Foto HUAWEI
Mohammad Asyraf Khalib

HUAWEI Malaysia memperkenalkan jam tangan pintar kelas mercu terbaharu HUAWEI Watch GT 2 Pro, bakal menjadi rebutan pengguna yang gemar gaya hidup aktif dan lasak.

Hadir dengan reka bentuk mewah serta dilengkapi ciri pemantauan kesihatan dan sukan, jam tangan pintar ini ditawarkan pada harga RM1,199.

Pada masa sama, HUAWEI turut memperkenalkan FreeBuds Pro dan MatePad T 10s, masing-masing dijual pada harga RM699 dan RM999 bermula 10 Oktober nanti. 

Lebih canggih

HUAWEI Watch GT 2 Pro dihasilkan menggunakan bahan berkualiti premium serta dilengkapi ciri pintar dan mod senaman yang canggih. 

Bagi memastikan kualiti dan ketahanan terjamin, jam tangan pintar ini hadir dengan skrin berkaca safir, bingkai titanium dan seramik pada bahagian belakang. 

Selain reka bentuk mengagumkan, HUAWEI Watch GT 2 Pro turut disertakan ciri OneHop Share yang membolehkan pengguna memindahkan gambar daripada telefon pintar ke jam tangan pintar dengan lebih mudah. 

Pengguna juga tidak perlu khuatir mengenai jangka hayat bateri kerana HUAWEI Watch GT 2 Pro turut menyokong pengecasan tanpa wayar dan baterinya mampu bertahan selama dua minggu. 

Bagi yang gemar bersukan, jangan lepaskan peluang mencuba mod sukan terbaharu seperti golf dan ski serta terdapat lebih 100 mod latihan yang boleh disesuaikan mengikut gaya hidup anda.

Ciri penunjuk jalan

ImageFoto HUAWEI

Jika keluar mendaki seorang diri di kawasan hutan atau pergunungan, jangan lupa untuk membawa barang keperluan asas dan juga HUAWEI Watch GT 2 Pro bersama. 

Ini kerana jam tangan pintar ini dilengkapi ciri penunjuk jalan pulang yang membolehkan pengguna menjejaki semula laluan yang dilalui tanpa memerlukan sambungan internet. 

Dengan penjejak GPS terbina, jam tangan pintar ini membolehkan anda mengembara dengan lebih yakin tanpa perlu risau tersesat di hutan. 

Peranti ini juga ibarat pakar dalam dunia pengembaraan kerana ia lengkap dengan pelbagai maklumat penting seperti jadual air pasang surut serta waktu matahari terbit dan terbenam.

Cuba senaman baharu

ImageFoto HUAWEI

Setiap kali bersenam pula, HUAWEI Watch GT 2 Pro adalah teman setia yang boleh membantu anda menyediakan data dan memberi nasihat mengenai waktu bersenam seterusnya. 

Misalnya jika ingin melakukan latihan larian, tetapi tidak tahu harus bermula dari mana, HUAWEI Watch GT 2 Pro ada lebih 10 kursus larian profesional diprogramkan untuk menunjukkan kaedah latihan yang betul. 

Lebih menarik, jika jam tangan pintar ini mengesan pemiliknya tidak aktif atau duduk diam untuk jangka masa yang lama, ia akan mengeluarkan fungsi getaran sebagai peringatan supaya si pemakai melakukan gerakan atau senaman ringan. 

HUAWEI Watch GT 2 Pro turut menyediakan lebih daripada 100 mod latihan berbeza sebagai standard untuk membantu memantau aktiviti serta kemajuan pengguna termasuklah berenang, berbasikal, mendaki, yoga, ski, golf dan banyak lagi.  

Pantau kesihatan sepanjang hari

ImageFoto HUAWEI

Untuk kekal aktif dan menjadi seorang yang luar biasa, pastikan anda mengambil berat mengenai kesihatan diri pada setiap masa.

Selain memeriksa kadar degupan jantung, pemantauan tahap tekanan, kualiti tidur dan oksigen dalam darah juga penting.

Justeru, HUAWEI Watch GT 2 Pro adalah peranti ideal yang boleh membantu anda memantau tahap kesihatan sepanjang hari. 

Misalnya, jika degupan jantung terlalu tinggi atau terlalu perlahan, jam tangan pintar akan memberikan notifikasi untuk mengingatkan anda supaya berehat sebentar dan menarik nafas. 

Dapatkan satu untuk anda!

Image

Impian untuk memiliki salah satu peranti HUAWEI bukan lagi angan-angan kerana HUAWEI juga ada menawarkan pilihan produk dengan harga mampu milik seperti HUAWEI FreeLace Pro, FreeBuds 3i dan WATCH FIT. 

Bukan itu sahaja, awal tahun ini HUAWEIi turut memperkenalkan HUAWEI Watch GT 2e, iaitu jam tangan pintar dengan ciri lengkap yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup aktif pada harga berpatutan . 

Sewaktu 'Jualan Perfect 10.10' akan datang pula, selain fon telinga, HUAWEI juga akan membawakan FreeBuds Pro dan MatePad T 10s

HUAWEI FreeBuds Pro baharu menawarkan pelbagai ciri mengagumkan seperti pengalaman audio yang luar biasa, bergaya, selesa dengan sistem pembatalan bunyi dan ciri pintar untuk 'boot'. 

Ia juga dilengkapi dengan Bluetooth dwi-antena pertama di dunia untuk memastikan sambungan Bluetooth lebih stabil. 

Mod kesedaran dan mod suara menggunakan dua mikrofon pula membantu pengguna mendengar dan peka terhadap bunyi persekitaran terutama ketika melintas jalan atau berbual. 

Saksikan video di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI FreeBuds Pro

Bagi yang mencari tablet dengan reka bentuk canggih, HUAWEI MatePad T 10s adalah pilihan tepat. Hadir dengan paparan HD penuh 10.1 inci, peranti ini sudah tentu memberikan kepuasan tontonan kepada pemiliknya.  

HUAWEI MatePad T 10s turut disertakan sistem dwi pembesar suara yang diselaraskan oleh Harman kardon, menjanjikan kualiti audio yang memukau.

Selain itu, peranti ini juga menawarkan keselesaan mata yang lebih baik untuk kegunaan harian kerana ia mengurangkan cahaya biru berbahaya dan diperakui oleh TÜV Rheinland. 

Anda juga boleh memilih ciri eBook yang membolehkan pengguna membaca buku dengan lebih dekat dan selesa. 

Rebat serta merta dan hadiah

HUAWEI FreeBuds Pro, Watch GT2 Pro dan MatePad T 10s boleh didapati di Kedai Pengalaman HUAWEI seluruh negara dan kedai atas talian HUAWEI bermula 10 Oktober. Harga dan hadiah percuma yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Image

Bermula 5 Oktober, pengguna boleh menebus kod kupon rebat serta merta bernilai RM100 untuk HUAWEI FreeBuds Pro dan Watch GT 2 Pro di Pusat Ahli Huawei (HUAWEI Member Center)

Rebat serta merta ini hanya boleh digunakan pada 10 atau 11 Oktober di kedai HUAWEI terpilih, selagi stok masih ada. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk terbaharu Huawei, layari Facebook Huawei

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 6:32 PM