Segala komitmen dan inisiatif Nestlé haruslah dijadikan contoh oleh semua pihak.
Segala komitmen dan inisiatif Nestlé haruslah dijadikan contoh oleh semua pihak.
Mohammad Asyraf Khalib

SYARIKAT pengeluar makanan dan minuman, Nestlé (Malaysia) Berhad komited dalam meningkatkan kualiti kehidupan sekali gus menyumbang kepada masa depan lestari.

Sejajar dengan objektif itu, Nestlé melaksanakan pelbagai inisiatif dan program menarik dengan menyasar pembabitan semua lapisan masyarakat.

Didik pengguna kitar semula

Image

Terbaharu, Nestlé menyertakan label garis panduan kitar semula pada semua bungkusan produknya. 

Garis panduan itu merangkumi penerangan dan maklumat lengkap yang mudah difahami, mengenai maksud simbol pada bungkusan produk serta langkah kitar semula yang betul.

Dengan cara ini, pengguna dapat mengenal pasti jenis bungkusan boleh dikitar semula, cara mengasingkan bungkusan, sekali gus mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Selain itu, Nestlé Malaysia turut melancarkan sebuah projek kitar semula perintis membabitkan kutipan kaki lima di dua taman perumahan di Petaling Jaya iaitu Bandar Sri Damansara dan Ara Damansara.

Nestlé bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menjayakan projek berkenaan.

Inisiatif ini sejajar dengan usaha Nestlé membentuk masa depan bebas sisa buangan dan bertujuan membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat tempatan di negara ini.

ImageNestlé Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi sebuah projek kitar semula perintis melibatkan kutipan kaki lima di dua taman perumahan di Petaling Jaya. 

Sementara itu, berteraskan tiga prinsip utama iaitu 'Recycle', 'Remove' & 'Reduce', Nestlé sentiasa mencari cara dan kaedah inovatif untuk merintis bahan alternatif bagi membentuk masa depan bebas sisa plastik.

Setakat ini, 90 peratus daripada pembungkusan keseluruhan produk Nestlé Malaysia sudah pun direka untuk dikitar semula.

Kelestarian pertanian dan perladangan

Selain program kitar semula, Nestlé juga memainkan peranan aktif menambah baik kelestarian di seluruh rantaian bekalannya menerusi penubuhan Kelab Padi Nestlé (NPC), Kelab Cili Nestlé (NCC) dan program NESCAFÉ Grown Respectfully

Image

Ia adalah inisiatif kontrak pertanian dan perladangan yang dilancarkan bertujuan meningkatkan produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran menggunakan kaedah penanaman inovatif, mampan dan mesra alam.

Petani terlibat juga diberikan sokongan teknologi dan pengetahuan teknikal oleh profesional perkhidmatan pertanian Nestlé, membolehkan mereka mencapai hasil yang tinggi dan memenuhi standard global.

Image

Tanam tiga juta pokok

Dalam perkembangan lain, Nestlé memulakan program penanaman tiga juta pokok di seluruh negara bagi tempoh tiga tahun akan datang menerusi projek RELeaf.

Projek RELeaf diadakan kesinambungan kejayaan projek rintis yang dikenali sebagai Projek RELeaf Kinabatangan iaitu menanam sejuta pokok di Sabah pada 2011. Setakat ini, satu juta pokok telah ditanam di kawasan hutan seluas lebih 2,700 hektar.

Image

Sifar pencemaran

Sebagai jaminan berterusan terhadap komitmen kelestarian, Nestlé komited memastikan keenam-enam kilangnya mencapai status sifar sampah ke tapak pelupusan.

Semua kompleks kilang Nestlé juga mempunyai loji rawatan sisa air sendiri, di mana 100 peratus sisa air dari kilang dirawat sebelum dilepaskan.

Image

Nestlé turut memasang Direct Potable Reuse System (DPRS) di Kilang Shah Alam, untuk merawat sisa air industri kepada air minuman berkualiti melalui osmosis terbalik. DPRS juga berjaya mengurangkan penggunaan air sebanyak 25% di kawasan bukan pengeluaran dalam kilang berkenaan.

Bukan itu sahaja, Nestlé membuktikan kesungguhannya dalam usaha mengurangkan jejak karbon menerusi Projek Double yang dilaksanakan sepenuhnya sejak 2018. 

Inisiatif ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan pengangkutan di jalan darat, meningkatkan intensiti gudang sehingga 20 peratus, serta mengurangkan penggunaan trak sebanyak 35 peratus. 

Menerusi inisiatif ini, Nestlé berjaya mengurangkan pelepasan CO2 secara purata 3,000 tan metrik  setiap tahun.

Image

Sebagai sebuah syarikat multinasional terbesar di negara ini, segala komitmen dan inisiatif Nestlé haruslah dijadikan contoh oleh semua pihak.

Sehingga kini, slogan dengan tanda pagar (hashtag) #nestlecares #fortheplanet terus membanjiri media sosial dan rata-rata pengguna memberikan reaksi positif terhadap usaha syarikat berkenaan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif kelestarian oleh Nestlé, layari www.nestle.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2020 @ 2:15 PM