Telefon pintar OPPO A93 definisi sebenar teknologi menyerlahkan gaya - FOTO OPPO
Telefon pintar OPPO A93 definisi sebenar teknologi menyerlahkan gaya - FOTO OPPO
Mohammad Asyraf Khalib

JIKA dahulu telefon pintar terkenal sebagai alat komunikasi, namun kini ia menjadi rebutan kerana kemampuan teknologinya yang berupaya menyerlahkan gaya. 

Malah, rata-rata pengguna kini bukan sahaja memilih telefon pintar dengan skrin besar tetapi ciri kamera canggih serta rekaan memukau turut menjadi perhatian. 

Hadir dengan rekaan luaran Shiny Matte serta sarat dengan perkakasan dan perisian mengagumkan, OPPO A93 definisi sebenar teknologi menyerlahkan gaya. 

Peranti ini dilengkapi sistem kamera utama 48 megapiksel (MP) dengan kamera 8MP sudut lebar, kamera mono 2MP dan 2M bersama dua kamera kedalaman hadapan merangkumi 16MP kamera utama dan kamera kedalaman 2MP.

Enam kamera potret AI 

Kehebatan kamera OPPO A93 tidak dapat dinafikan dengan fungsi enam kamera potret AI, seperti AI Color Portrait, AI Super Night Potrait, AI Night Flare Portrait, Dual Lens Bokeh, AI Super Clear Potrait dan Ultra Clear 108MP Image.

Penawaran ciri kamera AI seperti ini adalah yang pertama dalam kelasnya, sebelum ini hanya didapati pada peranti kelas mercu (flagship).

ImageGambar (kanan) menunjukkan latar bertukar hitam dan putih dengan fungsi AI Color Portrait - FOTO OPPO

Fungsi AI Color Portrait pada telefon pintar ini membolehkan latar gambar menjadi hitam dan putih, dan mengekalkan warna asal pada potret. 

Ciri ini cukup sesuai untuk pengguna yang ingin menampilkan kelainan dalam koleksi gambar di Instagram. 

Lebih mengagumkan Potret Warna AI juga berfungsi untuk kamera hadapan dan belakang serta boleh mengambil gambar potret lebih daripada tiga orang dalam satu bingkai. 

Bagi yang mempunyai masalah untuk mengambil gambar swafoto pada waktu malam pula, tidak perlu khuatir kerana OPPO A93 dilengkapi dengan fungsi AI Super Night Portrait. 

Dengan fungsi ini, gambar swafoto akan menjadi lebih terang walaupun dalam keadaan gelap. Direka khas dengan teknologi keadaan cahaya rendah, OPPO A93 menggabungkan siri algortima AI termasuk HDR.

Ia menangkap dan menggabungkan tahap penekanan dalam bingkai dan pengecaman wajah, menjadikan kualiti swafoto lebih cantik, cerah dan jelas di malam hari. Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh digunakan untuk mod malam pada kamera hadapan sahaja. 

ImageSubjek dalam gambar (kanan) lebih menonjol dengan fungsi AI Night Flare Portrait - FOTO OPPO

Tidak cukup dengan itu, gambar waktu malam lebih luar biasa jika menggunakan fungsi AI Night Flare Portrait. Fungsi ini berupaya menjadikan subjek dalam gambar nampak lebih menyerlah dengan kesan bokeh. 

Selain gambar, kesan bokeh juga kini boleh digunakan untuk fungsi video dengan ciri Dual Lens Bokeh. Teknologi hebat ini membolehkan kamera memproses gambar atau video, menjadikan setiap subjek kelihatan lebih jelas manakala latar pula bertukar kabur. 

Jika menggunakan AI Super Clear Portrait pula, setiap perincian dalam gambar tidak diketepikan. Walaupun gambar yang diambil kabur, bergoyang atau ada beberapa bahagian dalam gambar tidak jelas, OPPO A93 menggunakan teknologi pembinaan semula wajah AI untuk mencantikkan semula gambar!

Dengan teknologi yang eksklusif ini, perincian wajah paling tepat sehalus garis pada wajah pun dapat ditingkatkan atau disusun semula bagi memastikan gambar potret lebih jelas. 

Selain itu, kamera OPPO A93 turut dilengkapi fungsi Ultra Clear 108MP Image yang memastikan hasil gambar yang dirakam berkualiti serta tidak pecah walaupun dizum berulang kali. 

Rekaan bergaya

ImagePandangan sisi OPPO A93 - FOTO OPPO

Ultra-ringan dan nipis, inilah terjemahan sebenar bagi sebuah telefon pintar terkini dengan teknologi menyerlahkan gaya. 

Jika dilihat dengan mata kasar, telefon pintar ini tampak cukup langsing dan premium. Dengan hanya berat 164 gram (g) dan ketipisan hanya 7.48 milimeter (mm), OPPO A93 cukup mudah untuk dimuatkan dalam poket atau beg kecil tanpa sebarang masalah. 

Pereka OPPO juga bijak menambah baik peranti dengan rekaan sisi bulat 220 darjah, pertama dalam industri. Ini menjadikan OPPO A93 lebih selesa dalam genggaman serta mudah untuk dipegang dan dibawa ke mana sahaja. 

Peranti baharu OPPO A93 mempunyai paparan Dual Punch-Hole 16.34 sentimeter (cm), dengan diameter kamera yang unik hanya 3.7mm sahaja. 

Ia juga menawarkan paparan HD penuh + Super AMOLED yang menjadikan gambar terang dengan piksel yang lebih cerah dan jelas walaupun berada di bawah cahaya matahari. Paparan OPPO A93 turut diperakui TUV Rhienland untuk keselesaan mata pada waktu yang lama.

Skrin layarnya juga dilengkapi ciri In-Display Fingerprint Unlock 3.0, yang dapat membuka kunci layar dengan pantas dalam masa 0.3 saat sahaja. 

Lebih cekap dan pantas

ImageMasalah skrin tersekat berkurang dengan Anti-Lag Algorithm - FOTO OPPO

OPPO A93 dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P95 dan disertakan dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 128GB. 

Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilengkapi teknologi Anti-Lag Algorithm yang dapat mengesan dan membersihkan data penyebab gangguan seperti skrin tersekat atau tidak bergerak. Fungsi ini juga pasti memudahkan pembacaan serta dapat menaip dalam sistem fail lebih efisien dan laju. 

Pengecasan tengah malam

ImageTeknologi pengecasan tengah malam - FOTO OPPO

OPPO A93 mampu mengenalpasti pola tidur pengguna untuk menentukan waktu bangun dan tidur menggunakan algoritma AI.

Berpandukan pola tidur itu, peranti menggunakan 90 minit sebelum waktu pengguna bangun untuk mengecas peranti sehingga ke 100%. 

Dengan teknologi hebat ini, jangka hayat bateri telefon pintar akan bertahan jauh lebih lama. 

Selain itu, jika pengguna menghidupkan fungsi Super Power Saving Mode, ia akan menjimatkan penggunaan bateri peranti dengan mod Late Night Emergency Power, yang menukarkan paparan kepada warna hitam putih. 

Pada masa sama, pengguna boleh menentukan enam aplikasi yang ingin dibiarkan berfungsi walaupun dengan hanya bateri 5% sahaja. Pendek kata, OPPO A93 sentiasa bersedia apabila diperlukan. 

Mudah dan menyeronokkan

ImageTidak perlu menyentuh skrin untuk menjawab panggilan - FOTO OPPO

Bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan menyeronokkan, OPPO A93 turut disertakan ColorOS 7.2, yang menawarkan Dark Mode dan Infinite Edge Design, menampilkan reka bentuk serta paparan minimalis.

Ia juga hadir dengan Mod Pelbagai Pengguna yang membolehkan pengguna menyimpan fail dan data peribadi daripada jangkauan orang lain dengan memberikan ruang pengguna yang berbeza untuk privasi.

Jika tangan kotor atau basah, tidak perlu risau kerana OPPO A93 dilengkapi Air Gestures. Pengguna hanya perlu melambaikan tangan antara jarak 20cm hingga 50cm sahaja untuk menjawab panggilan. 

Serlahkan gaya dengan cabaran TikTok

Image

Bagi menyerlahkan gaya dan kreativiti anda, OPPO mengajak semua untuk menyertai Ace Your Style TikTok Challenge yang berlangsung sehingga 9 November 2020.

Ace Your Style Tiktok Challenge terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Ikuti langkah di bawah untuk menyertai cabaran ini:

  1. Muat turun aplikasi TikTok dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Pergi ke laman 'Discover', cari #AceYourStyle untuk memasuki laman rasmi HTC dan klik ikon kamera pada laman berkenaan untuk merakam video AceYourStyle anda.
  3. Klik 'Muzik' dan cari 'Ace Your Style - OPPO A93 Ayda Jebat (EN)' sekiranya anda mahu menukar kepada versi Bahasa Inggeris.
  4. Rakam tarian OPPO A93 #AceYourStyle TikTok Challenge mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Muat naik video di akaun TikTok dengan hashtag #AceYourStyle dan #OPPOA93 pada kapsyen video.

Jangan lupa pastikan video TikTok pada tetapan umum dan hantar penyertaan di laman sesawang rasmi #AceYourStyle.

Pemenang hadiah pertama akan menerima OPPO A93 dan wang tunai RM3,000, sementara tempat kedua akan menerima OPPO A93 beserta wang tunai RM1,500 dan tempat ketiga akan menerima OPPO Enco Free berserta wang tunai RM1000.

15 pemenang hadiah saguhati pula akan menerima baucar OPPO bernilai RM100 setiap seorang.

Lebih menarik, kesemua 18 pemenang turut berpeluang menonjolkan bakat masing-masing dalam muzik video Ayda Jebat yang terbaru. Maklumat lanjut mengenai Ace Your Style Tiktok Challenge di sini.

Dapatkan OPPO A93 sekarang!

Image

Dengan segala kelebihan yang ada, OPPO A93 adalah telefon pintar yang wajib dimiliki. Untuk pasaran Malaysia, terdapat 2 pilihan warna yang dijual iaitu Metalic White dan Matte Black.

Buat pra-pesanan sekarang pada harga RM1,299 dan dapatkan hadiah-hadiah menarik bernilai RM199 bermula sekarang hingga 9 Oktober 2020. 

Anda juga boleh mendapatkan potongan RM100 bila membeli OPPO A93 ultra anggun menggunakan baucar yang boleh ditebus menerusi aplikasi MyOPPO. Muat turun dan tebus sekarang!

Buat pra-pesanan di:

Maklumat lanjut mengenai OPPO A93, klik pautan ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 9:07 AM