Mismis, Swag dan Breena Beauty, antara jenama PKS yang menjadi rebutan pengguna.
Mismis, Swag dan Breena Beauty, antara jenama PKS yang menjadi rebutan pengguna.
Mohammad Asyraf Khalib

BAGI mereka yang gemar membeli belah, acara jualan tahunan 12.12 sudah tentu menjadi pilihan memandangkan ia sinonim dengan tawaran harga yang murah. 

Apatah lagi sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara, ramai memilih untuk berjimat cermat dalam berbelanja. 

Pandemik juga menyaksikan peralihan trend pengguna yang mula membeli barangan jenama tempatan berbanding produk luar. 

Tinjauan Harian Metro menerusi platform e-dagang dan media sosial mendapati sambutan orang ramai terhadap produk tempatan terus meningkat.

Selain harga ditawarkan berpatutan, rata-rata pengguna berpuas hati dengan produk tempatan yang dikatakan setanding jenama antarabangsa. 

Tidak terkecuali, produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut mencuri tumpuan ramai. 

Berikut 10 pilihan produk penjagaan diri dan kecantikan keluaran PKS yang harus anda miliki. 

1. Produk penjagaan gigi - MISMIS

Image

Biarpun perlu bersaing dengan jenama sedia ada dalam pasaran, ubat gigi jenama MISMIS tidak kurang hebatnya kerana ia terkenal dengan keistimewaan tersendiri. 

MISMIS bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi. 

Ia juga telah memperoleh sijil HALAL dan Good Manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Maka tidak hairan jika kualiti ubat gigi MISMIS setanding jenama ubat gigi terkenal yang lain.

Shopee: www.shopee.com.my/mismis.os  
Facebook: www.facebook.com/mismistoothpaste
Laman web: www.mismis.com.my 

2. Produk penjagaan diri - Asianic, Asianic Kids & Blossom

Image

Wonderland Primary Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan diri halal merangkumi lebih 30 jenis produk yang terdiri daripada losyen, syampu, gel mandian, skrub dan pencuci wanita.

Setakat ini, terdapat tiga jenama utama yang bernaung di bawah Wonderland Primary iaitu Asianic, Asianic Kids & Blossom. Setiap jenama mempunyai rangkaian produk berbeza dengan fungsi dan kelebihan tersendiri. 

Shopee: Wonderland Primary
Facebook: www.facebook.com/asianic.halal
Laman web: www.wonderlandprimary.com 

3. Perapi rambut - SWAG

Image

SWAG ialah produk perapi rambut lelaki dalam bentuk pomade, gel, cecair dan juga clay. 

Ia diformulasikan daripada bahan semulajadi seperti minyak argan dan minyak zaitun, membantu menyubur dan menyihatkan rambut. 

Bermula dengan satu produk, SWAG kini berkembang dan mempunyai 11 rangkaian produk iaitu pomade (Million, Energy, Boss, Focus), Clay, Swag Lite dan gel rambut.

Shopee: SWAG
Facebook: www.facebook.com/SWAGMalaysiaOfficial 

4. Candywax oleh Rheaazuri

Image

Produk Candywax keluaran RheaAzuri pula diperbuat menggunakan 100 peratus madu asli, bunga chamomile serta ditambah dengan 'rose petal' untuk menghasilkan gel yang sangat bermutu tinggi. 

Produk ini berkesan menanggalkan bulu pada bahagian badan tanpa rasa sakit dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta tiada kesan sampingan.

Facebook: www.facebook.com/candywaxbyrheaazuri
Laman web: www.candywax.my 

5. Produk aroma terapi - Borneo Essentials 

Image

Bagi penggemar produk berkonsep aroma terapi, anda seharusnya memilih jenama Borneo Essentials. Ia menawarkan pelbagai pilihan produk aroma terapi berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. 

Shopee: www.shopee.com.my/borneoessentials 
Facebook: www.facebook.com/borneoessentialsmalaysia 

6. Minyak terapi - Herbase

Image

Minyak Terapi Herbase keluaran syarikat bumiputera ini pula dihasilkan daripada ekstrak herba semulajadi dan diformulasi untuk membantu pengguna mengatasi pelbagai masalah tekanan dan stres.

Lazada: Herbase
Facebook: Herbase

7. Produk kecantikan dan solekan - Breena Beauty

Image

Kualiti setanding produk terkemuka, rangkaian produk Breena Beauty antara jenama tempatan yang dikagumi ramai. 

Diasaskan oleh penulis blog terkenal tempatan Sabrina Tajudin, produk ini kini boleh didapati di Watsons, PlayUp dan banyak lagi. 

Shopee: www.shopee.com.my/breenabeauty 
Facebook: www.facebook.com/breenabeauty
Laman web: www.breenabeauty.com

8. Suplemen - Zai Permai

Image

Zai Permai Resources adalah pengasas, pengeluar dan pembekal produk suplemen berasaskan bahan semula jadi dan makanan sunnah. 

Maajun Anggun Bistari (MAB) dan Habbatus Sauda Plus Madu (HSPM) antara produk yang menjadi pilihan ramai. 

Facebook: Zai Permai
Laman web: www.zaipermai.com  

9. Pakaian dan aksesori fesyen - MIKA

Image

Bagi penggemar fesyen, anda pasti teruja melayari laman sesawang MIKA yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori fesyen berkualiti, cantik dan mengikuti trend terkini. 

Facebook: www.facebook.com/mikamarketing18 
Laman web: www.mika-marketing.com 

10. Cecair pencuci pakaian - Mahkota Detergent 

Image

Jika anda mencari produk cucian pakaian yang mesra pengguna, Mahkota Detergent adalah jenama yang wajib ada dalam senarai pilihan. 

Hadir dalam tiga pilihan iaitu Ably, Sporty dan Energy, cecair pencuci pakaian ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti 'phosphate' yang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. 

Facebook: www.facebook.com/mahkotadetergent 

Beli untuk Malaysia!

Image

Sejajar dengan Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 oleh KPDNHEP, rakyat Malaysia dijemput untuk sama-sama membeli dan menyokong produk PKS.

Setiap perbelanjaan rakyat dapat membantu usahawan PKS menjana lebih pendapatan sekali gus memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing. 

Walaupun pergerakan agak terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda tidak perlu risau kerana produk PKS turut dipasarkan secara dalam talian.

E-dagang telah membuka lebih banyak peluang kepada produk PKS untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan jenama terkemuka.

Justeru jangan lepaskan peluang untuk membuat carian di platform e-dagang sebelum terlambat. Ingat, marilah membeli untuk Malaysia!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2020 @ 9:45 AM