EMPAT koleksi untuk si kecil kesayangan. FOTO Ihsan Boneka
EMPAT koleksi untuk si kecil kesayangan. FOTO Ihsan Boneka
Fairul Asmaini Mohd Pilus

INSAN yang paling gembira setiap kali tibanya lebaran adalah kanak-kanak kerana mereka bukan sahaja boleh melaram dengan pakaian baharu malah menikmati pelbagai juadah enak dan mengumpul duit raya.

Tapi suasana kini mungkin sedikit berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, dalam bergaya, ibu bapa yang memiliki anak perempuan pasti teruja kerana terdapat pelbagai rekaan fesyen yang boleh dijadikan pilihan.

Andai masih mencari rekaan sesuai untuk si kecil kesayangan gayakan pada Aidilfitri nanti, empat koleksi menarik daripada jenama Boneka mampu menepati cita rasa anak anda.

Setiap koleksi seperti Tinkerbelle, Mulan, Little Mermaid dan Fancy Queen mempunyai dua variasi pilihan warna lembut serta terang.

Ia menepati cita rasa ibu bapa yang inginkan kelainan buat si kecil mereka supaya tampil penuh bergaya di pagi lebaran.

Selain itu, seiring dengan falsafah jenama berkenaan yang percaya bahawa kanak-kanak juga perlu tampil cantik dan bergaya, setiap rekaan juga sesuai dipakai di pelbagai acara, bukan untuk Aidilfitri semata-mata.

KOLEKSI Tinkerbelle umpama pari-pari licik yang comel. FOTO Ihsan Boneka
KOLEKSI Tinkerbelle umpama pari-pari licik yang comel. FOTO Ihsan Boneka

GAYA mewah dan anggun diserlahkan pada koleksi Fancy Queen. FOTO Ihsan Boneka
GAYA mewah dan anggun diserlahkan pada koleksi Fancy Queen. FOTO Ihsan Boneka

Koleksi berkenaan menggunakan fabrik kualiti premium dengan rekaan hanya satu zip di belakang baju.

Ia bagi memberi keselesaan selain memudahkan pakaian berkenaan dipakai khususnya untuk kanak-kanak yang lincah.

Apa yang menariknya mengenai koleksi sulung jenama itu, semuanya memiliki elemen tersendiri.

Ilham nama dan rekaan koleksi Tinkerbelle umpamanya bagaikan 'pari-pari' licik yang comel.

Rekaan koleksi baju labuh Fancy Queen pula menampilkan gaya yang mewah anggun dan bergaya.

Manakala rekaan koleksi Little Mermaid pula ada tarikan magis si puteri duyung. Akhir sekali, rekaan koleksi Mulan yang melambangkan fashionista lincah.

Semua koleksi berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri untuk dimiliki.

Ibu bapa juga tidak perlu bimbang kerana koleksi itu boleh didapati dalam saiz XS sehingga XL, sesuai untuk kanak-kanak berumur dua hingga 11 tahun.

TARIKAN magis si puteri duyung pada koleksi Little Mermaid. FOTO Ihsan Boneka
TARIKAN magis si puteri duyung pada koleksi Little Mermaid. FOTO Ihsan Boneka

KOLEKSI Mulan yang melambangkan fashionista lincah. FOTO Ihsan Boneka
KOLEKSI Mulan yang melambangkan fashionista lincah. FOTO Ihsan Boneka

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2020 @ 7:00 AM