MENCIPTA suasana dengan daya imaginasi.
MENCIPTA suasana dengan daya imaginasi.
Lizam Ridzuan


MENCIPTA ruang sendiri adalah elemen utama buat peminat seni diorama dan miniatur menjadikanya sebagai hobi pilihan pada waktu lapang.

Mewujudkan suasana atau pun elemen imaginasi yang diubah menjadi realiti dalam skala kecil sebab utama ia ada peminat tersendiri.

Buat MJ Kwong, 39, pemilik kedai Collector's Cube, pada asalnya peminat model kereta 'die cast' membeli kenderaan pilihan sahaja namun lama-kelamaan dan secara berperingkat akan mula menaik taraf koleksi mereka dengan tempat simpanan dan mahu mempamerkannya.

"Dari situ timbul permintaan mewujudkan rumah, garaj, figura dan lain-lain elemen berkaitan dan saya pada asalnya hanya tawarkan model die-cast kereta dalam pelbagai skala. Kini turut menyediakan ruang buat rakan lain yang mempunyai kepakaran itu untuk turut serta dalam minat ini," katanya.

KETELITIAN untuk wujudkan realistik.
KETELITIAN untuk wujudkan realistik.

Berkongsi kemahiran dan minat menjadikan MJ, Syazwan Saruddin, Momoo Kit, Dennis Leong dan Izwan Arif saling melengkapi bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

Ini kerana peminat daripada pelbagai golongan usia mahukan produk edisi terhad dan yang 'rare' dalam koleksi masing-masing.

Bagi Syazwan, 35, yang mempunyai kepakaran dalam binaan model bangunan dan landskap mula meminati diorama ini pada 2018 dan setiap produknya kini semakin menjadi buruan peminat hobi ini.

KAPCAI Honda EX-5.
KAPCAI Honda EX-5.

"Pada awalnya saya hanya melakukan sebagai hobi dan mula menghasilkan elemen-elemen bengkel dan garaj kereta seperti 'post lifter' dengan kemasan dan perincian seakan alatan sebenar. Sejak itu permintaan dan peminat

terhadap hobi ini mula meluas," katanya yang juga pemilik jenama Legit Miniature.

Fokus utamanya dalam penghasilan seni diorama adalah ketelitian dan perincian perlu kemas serta menyamai alatan sebenar bagi mewujudkan suasana lebih realistik.

Bukan sahaja tempatan, malah ada peminat dari luar negara yang menempah produk penghasilannya memperlihatkan hasil karya anak tempatan juga tidak kurang hebatnya.

Seiring dengan minat, ia mendorong Momoo, 36, daripada Monster Miniature menghasilkan figura dan motosikal terdapat dalam pasaran seperti kapcai dan model RX-Z yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

"Saya akan kaji sesuatu model motosikal sama ada berjumpa dengan pemilik dan indvidu berkaitan serta ke acara permotoran tempatan bagi melihat perincian motosikal sebelum melakukannya dalam cetakan tiga dimensi kemudian mewarnakannya," katanya.

Buat masa ini dia hanya melakukannya sebagai hobi separuh masa namun ramai menghubunginya dan untuk menempah figura individu itu dengan motosikal dan kos bermula sekitar RM200 dan ke atas.

DARI kiri, Izwan, Syazwan, Dennis, Momoo dan MJ berkongsi minat seni diorama.
DARI kiri, Izwan, Syazwan, Dennis, Momoo dan MJ berkongsi minat seni diorama.

Sementara itu, Dennis, 37, daripada Yanzai Hobby pula mengambil pendekatan berbeza menghasilkan produk sampingan dalam sesuatu bangunan seperti tong sampah, kucing dan anjing selain figura anime Jepun yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam pasaran peminat hobi itu.

"Saya hasilkannya di rumah bersama isteri dan setiap objek itu yang bersaiz lima milimeter dijual pada RM10 hingga RM25. Biasanya pem

inat sentiasa tunggu produk 'kucing' kami dan bagaimana telitinya peminat diorama mahu hias 'ruang' mereka itu," katanya.

Pemilik Miniature Works, Izwan, 35, pula menghasilkan miniatur bersifat lokal seperti gerai burger dengan perincian imbasan QR Kod pada saiz kecil nyata menarik perhatian ramai.

ANTARA koleksi peminat diorama.
ANTARA koleksi peminat diorama.

"Saya hasilkan produk pada harga berpatutan dengan bajet pembeli dan kebiasaanya produk garaj kenderaan dan ruang parkir dengan skala 1/64 mendapat pemintaan tinggi," katanya.

Bagi peminat diorama, ada banyak pilihan dan material dan yang boleh dipilih dalam pasaran serta pada harga berbezamengikut kualiti.

Produk ini kebanyakannya dihasilkan menggunakan pencetak 'filamen' atau resin untuk yang lebih premium bagi disesuaikan dengan harga dan permintaan.

Malah ada syarikat korporat membuat tempahan bagi dijadikan cenderahati kepada rakan niaga untuk mewujudkan kelainan serta tampil unik.

Kepada yang berminat dengan hobi ini pada Mac setiap tahun bermula tahun ini diadakan acara Mini Scale Festival di Petaling Jaya, Selangor yang mengumpulkan peminat dan pembuat tempatan.

"Tahun ini kami berjaya kumpul lebih 15 pembuat miniatur dan diorama di Malaysia dalam acara dihadiri lebih 500 pengunjung dan tahun hadapan kami jangka ia bertambah dan semakin meriah," kata MJ.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2023 @ 7:02 AM