MENARIK peralatan yang terdapat di bengkel Mohd Noor Affendi terletak di Saujana Putra, Selangor.
MENARIK peralatan yang terdapat di bengkel Mohd Noor Affendi terletak di Saujana Putra, Selangor.
Nurul Husna Mahmud


MELIHAT rak kayu yang menjadi tempat simpanan koleksi kereta mainan Hotwheels kukuh tergantung di dinding rumah memberi satu kepuasan kepada Mohd Noor Affendi Abdul Muin.

Kata Mohd Noor Affendi yang lebih mesra disapa Fendi, menghasilkan perabot dan aksesori sendiri bukan sahaja memastikan saiz serta rekaan menepati ruang, malah ia pilihan terbaik selari bajet.

Dia yang sudah terbabit dengan pembuatan perabot dan aksesori lakukan sendiri (DIY) sejak 2018, penghasilan produk itu memerlukan ketahanan tinggi serta perincian menarik.

"Produk kayu terutama dalam pembuatan perabot dan aksesori rumah meskipun sudah lama dalam masyarakat kita namun, ia masih popular dan menjadi trend kebanyakan pemilik kediaman di negara ini.

"Namun dari segi pilihan terhad membuatkan pemilik kediaman yang meminati produk kayu terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan khidmat tukang kayu bagi menghasilkan perabot atau aksesori idaman.

"Dinilai kepakaran dan penggunaan material, biasanya sukar dicapai pemilik kediaman kelompok sederhana. Atas sebab itu inisiatif menghasilkan sendiri atau menggunakan khidmat kelompok tukang kayu DIY dilihat lebih berpatutan," kata pemilik DIY Kerja Kayu Enterprise itu.

Seperti dirinya yang begitu minat terhadap barangan kayu dan kerja-kerja bertukang menjadi satu hobi manfaat apabila hasilnya untuk kegunaan sendiri dan keluarga.

"Saya banyak hasilkan untuk diri sendiri selain permainan untuk anak-anak. Namun lama kelamaan ia berkembang apabila rakan-rakan dan kenalan yang mula memberi perhatian dengan hasil kerja saya.

"Cumanya cabaran untuk menghasilkan perabot kayu apabila tidak ramai menjual kayu pine sebaliknya saya terpaksa beralih menggunakan kayu palet terpakai.

MOHD Noor Affendi sedang melakukan kerja kemasan akhir pada bakul pakaian ditempah pelanggannya.
MOHD Noor Affendi sedang melakukan kerja kemasan akhir pada bakul pakaian ditempah pelanggannya.

"Bagi kayu palet terpakai ia lebih remeh kerana perlu lakukan kerja merapi kayu seperti mengetam dan melicinkan permukaan kayu supaya boleh dijadikan perabot atau aksesori," katanya.

Kata Mohd Noor Affendi, tukang kayu harus tahu menyesuaikan jenis kayu tertentu mengikut penggunaan atau penghasilan perabot tertentu. Sebagai contoh kayu untuk perabot luar perlulah jenis keras seperti balau, resak atau cengal. Kayu pine pula lebih sesuai untuk perabot dalam rumah dan kurang kontak dengan air.

MOHD Noor Affendi mahir mengendalikan peralatan pertukangan.
MOHD Noor Affendi mahir mengendalikan peralatan pertukangan.

Menceritakan perbezaan pengalaman menghasilkan perabot dan aksesori termasuklah mainan untuk anak kecil, kata Mohd Noor Affendi, produk kecil lebih sukar dari segi pembuatannya kerana memerlukan ketelitian lebih tinggi.

"Paling rumit dalam projek DIY yang pernah saya kendalikan ialah menyiapkan set miniatur rumah untuk mainan kanak-kanak perempuan. Pembuatan lebih teliti selain memastikan kemasan sempurna tanpa ada sudut yang tajam dan selumbar.

"Bagaimanapun, penting juga pemilik menjaga perabot atau aksesori kayu dengan menggunakan cecair tertentu bagi mengelak serangan kulat atau anai-anai pada permukaan kayu,

" katanya.

MODEL rumah miniatur dihasilkan.
MODEL rumah miniatur dihasilkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 6:30 AM