ELEMEN gentian karbon pada bahagian enjin.
ELEMEN gentian karbon pada bahagian enjin.
WARNA kontra dan ciri aliran angin sama seperti model Lamborghini.
WARNA kontra dan ciri aliran angin sama seperti model Lamborghini.
Lizam Ridzuan


BUAT peminat tegar jenama motosikal Ducati, setiap kali edisi khas dikeluarkan pasti dinantikan oleh mereka kerana mempunyai keunikan tersendiri.

Tidak terkecuali menerusi model Streetfighter V4 Lamborghini yang sudah pun memasuki pasaran tempatan dan diserahkan kepada pemilik pertamanya di negara ini oleh Ducati Malaysia.

Ketua Pegawai Operasinya Dennis Michael berkata dua jenama dari kawasan Motor Valley di Itali ini adalah kombinasi sejarah prestasi permotoran dengan inspirasi corak rekaan Lamborghini Hurac┬Ěn STO (Super

Trofeo Omologata) dihasilkan pada jentera Ducati itu.

"Kami berbangga dua daripada 630 unit motosikal ini sudah berada di Malaysia dan Ducati Streetfighter V4 Lamborghini bukan sekadar motosikal dan ia adalah simbol sejarah yang kaya dengan inovasi,"

"Kedua-dua jenama ini adalah yang terbaik dari dunia masing-masing dan hasil gabungan ini juga menawan hati pembeli dari Malaysia yang juga antara pengumpul utama motosikal Ducati di dunia," katanya ketika majlis penyerahan.

Majlis penyerahan diadakan di Ducati Kuala Lumpur kepada Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Ciri utama yang terdapat pada model ini selain corak grafik daripada Huracan STO yang meliputi bahagian badan, fender hadapan dan panel tepi dan belakang serta pada bahagian tangki.

GABUNGAN dua jenama prestasi mewah.
GABUNGAN dua jenama prestasi mewah.

Warna pada badan ciri 'Verde Citrea' dan warna kontra 'Arancio Dac', Logo STO dan nombor 63 adalah tahun Lamborghini ditubuhkan.

Ada elemen gentian karbon pada beberapa bahagian badan seperti mana yang terdapat pada kenderaan supercar tersebut juga dipadankan pada motosikal naked hyper ini.

Kemasan lain pada motosikal seperti rim forged adalah inspirasi pada model Huracan STO, serta pada bahagian nat tayar belakang didatangkan dengan titanium.

PADANAN forged rim seperti model STO.
PADANAN forged rim seperti model STO.

'Mudguard', tangki, belly pan dan penutup pelana pembonceng diberi rekaan seperti saluran aliran udara dan lubang angin seperti yang terdapat pada Huracan serta pelana dibaluti kulit Alcantara.

Untuk enjin dengan 1,103 cc Desmosedici Stradale menjana kuasa 208 kuasa kuda dan tork 123Nm.

Enjin Stradale kini lengkap dengan klac kering bercirikan perlumbaan dan 'silencers' Akrapovic titanium yang diluluskan untuk jalanan serta gentian karbon sebagai peralatan standard juga.

DISERTAKAN nombor siri.
DISERTAKAN nombor siri.

Ia juga dengan elemen gentian karbon sama digunakan dalam bahagian seperti perlindungan haba dalam penutup rear head dan manifold bank, serta pada bahagian penyokong bahagian lampu depan, mudguard dan dalam pelindung subframe belakang.

Ducati Streetfighter V4 Lamborghini dijual pada harga RM460,900 dan ia juga ditawarkan sebanyak 63 unit sebagai Speciale Clienti khusus untuk pemilik Lamborghini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 6:30 AM