SKUTER maxi prestasi tinggi.
SKUTER maxi prestasi tinggi.
Lizam Ridzuan


PILIHAN skuter maxi berprestasi tinggi semakin banyak yang ditawarkan ke dalam pasaran tempatan.

Sebelum ini Yamaha TMax Tech Max dan SYM Maxsym TL500 sudah pun dijual di dalam negara dan yang terbaharu menerusi Kymco AK550 Premium yang dilancarkan baru-baru ini.

Ia dipasarkan oleh Edaran Modenas (EMOS) sebagai pengedar dan pemasang jenama Kymco di Malaysia dan motosikal ini akan mula diserahkan kepada pelanggan pada Februari hadapan.

Skuter ini dijana dengan enjin 500cc, dua silinder yang menawarkan kuasa 50.9 kuasa kuda (hp) pada 7,500 rpm dan tork 52Nm pada 6,000 rpm dan transmisi CVT.

Ia didatangkan dengan dua mod tunggangan iiatu Power dan Rain, tangki bahan api 14.5 liter.

Skuter ini dengan rim 15 inci hadapan dan belakang, brak cakera dengan angkup Brembo dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard dan untuk selekoh dengan Sistem Pembrekan Pintar Termaju (AIBS).

Ia juga dengan rekaan yang premium dengan lampu hadapan dan belakang LED bergaya, pelindung angin boleh laras elektronik dan meter LCD dengan Bluetooth yang boleh disambungkan kepada telefon menerusi ciri NooDoe.

Untuk pengendalian dan keselesaan dengan fork hadapan terbalik (USD) dan belakang suspensi Horizontal Trailing Arm Bear.

Ruang simpanan bawah tempat duduk juga boleh memuatkan satu topi keledar penuh muka, tempat duduk yang selesa dan ergonomik dengan ketinggian 785 milimeter (mm).

Kymco AK550 dijual pada harga RM65,600 dan EMOS menyasarkan untuk menjualnya sebanyak 200 hingga 300 unit pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 6:45 AM