PELBAGAI generasi dan model.
PELBAGAI generasi dan model.
NIZAM
NIZAM
BALAN
BALAN
LEBIH 400 trak pikap sertai Himpunan 4WD Kaboom Karnival.
LEBIH 400 trak pikap sertai Himpunan 4WD Kaboom Karnival.
Lizam Ridzuan


PELBAGAI model dan gaya lasak menyerlahkan Himpunan Kenderaan Pacuan Empat Roda (4WD) dan trak pikap yang jarang sekali dapat dilihat dalam mana-mana acara.

Ia diadakan sempena acara Kaboom Karnival 2023 di Tanjung Harapan, Klang menyaksikan lebih 400 kenderaan sebegitu hadir memeriahkan kawasan program.

Melibatkan lebih 10 kelab antaranya Rangerista Malaysia, Setia Jaya 4X4 Adventure Team, Mud Dawg Truckers, Kelab Pemilik Mitsubishi Triton Malaysia (MTOCM), Skuad Sukarelawan Bencana dan Kemanusiaan Wildcats, Kelab 4X4 Bersatu Malaysia (4X4 UCM), Kelab 4X4 Jalan Kebun, Yayasan Naning 4X4, Rangers Community, Ranger Next Gen Club (RNGC), Terano Club Malaysia, Indian Ranger Malaysia Club (IRMC), Mitsubishi Storm Owner Club Malaysia (MSOCM), Storm Owner's Community dan banyak lagi.

Menurut wakil kelab Wildcat, Muhamad Afzanizam Ismail, 46, kelab ini dianggotai lebih 400 ahli dari seluruh negara dan fokus kepada misi sukarelawan bencana dan kemanusiaan dan menyertai acara sebegini bagi memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kumpulan ini.

"Kami ingin mengajak lebih ramai pemilik 4WD atau trak pikap menyertai kelab ini untuk berganding bahu dalam menjalankan misi bantuan dan memilih kenderaan sebegini kerana ianya lebih sesuai untuk kegunaan harian atau melalui laluan mencabar terutama ke kawasan bencana," katanya.

Pengasas Kelab Mud Dawg Truckers, Balan Radhakrishnan, 38, berkata, kelab ini ditubuhkan pada 2021 untuk pemilik trak kaum India yang kini mencecah 75 keahlian namun ada peraturan perlu mereka dipatuhi demi memastikan tujuan asal penubuhannya tidak tersasar.

"Kami sentiasa sertai aktiviti tanpa mengira bangsa dan agama dan bersama dalam membantu golongan memerlukan terutama ketika bencana banjir dan trak pikap sesuai bagi tujuan itu yang bukan sahaja lasak, malah boleh membawa muatan yang lebih," katanya.

ROUZIL Armiza (kanan) bersama Rangerista Malaysia.
ROUZIL Armiza (kanan) bersama Rangerista Malaysia.

Menurut Pengasas Rangerista Malaysia, Rouzil Armiza Shamsir, 50, mereka kini mempunyai 25 ahli aktif di seluruh Malaysia dengan kelab yang ditubuhkan pada 2020 ini daripada pemilik Ford Ranger dalam kalangan wanita.

"Moto kami 'Amal dan Ukhwah' yang menjalankan aktiviti kebajikan seperti untuk golongan asnaf, B40, anak yatim, rumah orang tua dan mangsa kebakaran dan menyertai acara ini supaya lebih ramai sedar kewujudan kami dan menjalinkan persahabatan bersama kelab lain," katanya yang juga seorang pensyarah.

Selain berkumpul mereka mengadakan aktiviti bersama untuk merapatkan hubungan silaturahim seperti pertandingan memancing, acara rebut kerusi dan pertandingan memakai tudung selain cabutan bertuah bagi memeriahkan acara.

PIKAP modifikasi ekstrem.
PIKAP modifikasi ekstrem.

Selain himpunan kelab permotoran, Kaboom Karnival 2023 disertai lebih 80 vendor menjual pelbagai makananan, minuman dan produk selain persembahan artis dan busker serta cabutan bertuah dalam acara selama tiga hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 6:30 AM