Lizam Ridzuan


BIARPUN selalu menyerlah dengan gaya dan penampilan, ikon fashionista Mohd Azwan Md Nor atau dikenali sebagai Wak Doyok gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai sisi santainya.

Mempunyai beberapa motosikal klasik lain, namun yang terbaharu ini daripada Harley-Davidson Road Glide 2020 adalah impiannya sejak dahulu.

"Motosikal ini saya beli tahun lalu secara ansuran bulanan dan gemarkan bentuknya dengan gaya 'muscle' seperti kereta Mustang yang juga ada dalam koleksi simpanan," katanya.

Ia dibeli daripada satu daripada pengimport motosikal di Malaysia pada harga RM175,000 dan melakukan beberapa pengubahsuaian mengikut cita rasanya.

Ia meliputi warna, enjin, kemasan dan aksesori Screamin' Eagle Peringkat 2 bernilai RM80,000 yang dilakukan secara berperingkat menjadikan jentera ini lebih menyerlah.

Ia juga kini dengan CV0 2022 Harley Performance, sistem ekzos Tab Performance 5 inci Peringkat 2 dan tiada cut-off pada kelajuan yang kini boleh mencapai sehingga 220 kilometer/sejam.

"Motosikal ini sudah menjelajah ke seluruh pelosok tanah air termasuk Thailand dan kebiasaanya akan menunggang bersama grup motosikal saya yang diberi nama King Cobra Official.

KOS 'jajan' sekitar RM80,000.
KOS 'jajan' sekitar RM80,000.

"Ia bukan sekadar tunggangan biasa hujung minggu dan kerap juga melakukannya bagi tujuan amal bagi membantu golongan memerlukan," katanya lagi.

Meskipun mementingkan gaya, Wak Doyok tetap mengutamakan keselamatan ketika menuggang atas jalan raya dengan mengenakan pakaian dan kasut sesuai.

Beliau juga menyeru penunggang motosikal yang lain supaya sentiasa mematuhi pertauran jalan raya dan tidak menunggang secara melulu membahayakan orang lain termasuk diri sendiri.

"Saya gemarkan motosikal ini kerana ia menawarkan gaya tunggangan sebenar dengan pengendalian sepenuhnya bergantung dengan kemahiran penunggang.

"Menerusi enjin 114 ini ia adalah lebih mesra kepada pengguna, kurang gegaran dan selesa untuk tunggangan jauh," katanya.

Sebagai Presiden King Cobra Official untuk komuniti Harley-Davidson dan ikon untuk Road Glide Malaysia beliau banyak melakukan program komuniti untuk membantu masyarakat, ibu tunggal, anak yatim dan tahfiz.

GAYA bagger tampil maskulin.
GAYA bagger tampil maskulin.

Tambahnya setiap program yang dianjurkan mempunyai pengisian tersendiri termasuk menganjurkan acara dan membantu usahawan kecil dan sederhana (IKS) dalam acara yang berkonsepkan permotoran.

"Sebagai peminat dua roda saya juga ingin mengajak lebih ramai lagi kumpulan motosikal untuk menyokong acara permotoran tempatan dan tidak berpuak-puak kerana mengikut istilah 'bikers' 'kita riders tiada beza.

"Semuanya berkogsi minat yang sama dan dengan kepelbagaian ini maka kami boleh mebentuk komuniti yang bukan sahaja berdisiplin atas jalan raya, malah memperlihatkan contoh yang baik kepada masyarakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 6:07 PM
WAK Doyok menggemari motosikal 'Muscle'.
WAK Doyok menggemari motosikal 'Muscle'.