PADANAN rim aloi 18 inci R3.
PADANAN rim aloi 18 inci R3.
MODEL konsep Proton X50 R3 Edisi Ulangtahun ke-20.
MODEL konsep Proton X50 R3 Edisi Ulangtahun ke-20.
GRIL hadapan dengan logo R3.
GRIL hadapan dengan logo R3.
Lizam Ridzuan


PROTON memperkenalkan model konsep X50 Edisi Terhad Ulangtahun ke-20 R3 pada Pameran Auto Malaysia (MAS 2023) yang berlangsung daripada 4 Mei lalu hingga hari ini.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B yang diasaskan daripada varian Flagship itu datang dengan warna badan hitam serta Aerokit R3 terdiri daripada spoiler hadapaan tepi dan belakang.

Ia juga didatangkan dengan jalur bonet dan gril radiator R3 serta plat nama ulangtahun ke-20 R3 pada pintu belakang.

Tambah menarik, ruang dalaman juga dilengkapi logo edisi ulang tahun, nombor siri, penahan kepala kerusi dengan logo R3 dan pelapik lantai 3D rekaan khas untuk menambah ciri eksklusif.

Ia juga dilengkapi rim aloi R3 18 inci yang mengurangkan berat keseluruhan kenderaan sebanyak 10 kilogram dan lebih kukuh daripada model standard.

TAMPIL ciri prestasi R3.
TAMPIL ciri prestasi R3.

Sasaran jualan model Proton X50 R3 ini ialah pada suku ketiga tahun ini dan pelanggan boleh menempah dengan fi tempahan RM99.

Ia terhad kepada 200 unit sahaja di seluruh dunia.

Harga untuk model ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 6:40 AM