X70 Edisi Khas dalam jumlah terhad.
X70 Edisi Khas dalam jumlah terhad.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


SESUAI dengan permintaan terhadap segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) yang semakin meningkat, dilancarkan model Proton X70 Edisi Khas, baru-baru ini.

Dikeluarkan sebanyak 2,000 unit sahaja, ia menampilkan elemen premium termasuk kemasan luaran dan dalaman diperbaharui.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pengenalan model eksklusif ini bagi mengukuhkan kedudukan dan tarikan terkini sebagai SUV segmen-C terlaris di Malaysia.

"Model Proton X70 Edisi Khas ini menambahkan lagi pilihan kepada pembeli yang disasarkan untuk peringkat atasan dan meskipun unit terhad ia dijangka menarik minat pembeli kereta mewah yang ingin memiliki SUV pada harga berpatutan," katanya melalui siaran akhbar kepada media.

Model ini memiliki spesifikasi yang sama dengan varian Premium 2WD menggunakan enjin 1.8L TGDi dan transmisi dwi-klac 7 kelajuan (DCT) dengan mod manual.

Ia menggemburkan kuasa 184PS pada 5,500rpm dan tork 300Nm pada 1,750 hingga 4,000rpm.

Antara warna terbaharu ditawarkan ialah warna biru ocean dan merah ruby dengan bumbung, spoiler belakang dan bingkai cermin belakang dengan warna hitam.

KEMASAN bumbung dan 'spoiler' belakang hitam.
KEMASAN bumbung dan 'spoiler' belakang hitam.

Ia juga dengan rim aloi bentuk baharu bersaiz 19 inci dan lambang SE eksklusif juga dipasang pada bahagian belakang.

Ruang dalaman kemasan hitam mewah dengan tempat duduk kulit Nappa hitam dan alas pelapik kaki khas SE baharu.

RUANG kabin dengan tempat duduk kulit Nappa.
RUANG kabin dengan tempat duduk kulit Nappa.

Ciri-ciri Proton X70 lain dikekalkan seperti Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS), penapis udara kabin N95, Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan kamera 360 darjah.

PELAPIK kaki dengan logo SE.
PELAPIK kaki dengan logo SE.

Ia juga dilengkapi dengan senarai ciri keselamatan termasuk enam beg keselamatan (SRS) bagi melindungi keseluruhan penumpang.

Proton X70 Edisi Khas dijual pada harga RM123,800 (atas jalan tanpa insurans) dengan insentif cukai jualan Pemerkasa sebanyak RM7,000 (sehingga Disember 2021) yang kini boleh ditempah secara atas talian dengan harga RM99.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 7:01 AM