UJIAN meredah air
UJIAN meredah air
Lizam Ridzuan


Mitsubishi Xpander yang juga kenderaan pelbagai guna (MPV) crossover tujuh tempat duduk bukan sahaja sesuai untuk kegunaan mobiliti keluarga malah turut disasarkan buat mereka yang gemarkan gaya hidup aktif.

Baru-baru ini, acara Xpander Venture diadakan di Shah Alam, Selangor bagi menawarkan peluang kepada orang ramai untuk merasai kelebihan model ini.

Binaan khas dengan beberapa halangan turut disediakan di ruang parkir untuk menguji keupayaan Xpander melepasinya.

Menerusi agility challenge, ia menguji radius membelok iaitu 5.2 meter pada Xpander.

Side traverse pula yang digunakan untuk menguji kawalan cengkaman kenderaan ini di pelbagai permukaan jalan.

Ciri-ciri yang terdapat pada kenderaan ini seperti jarak kelegaan jalan 205 milimeter (mm) diuji pula melalui cabaran devil's angle iaitu meredah kawasan berair.

UJ SIDE Traverse untuk menguji cengkaman.
UJ SIDE Traverse untuk menguji cengkaman.

Suspensi hadapan MacPherson dan belakang dengan Torsion Beam diuji dengan Log&Roll dalam pelbagai kelajuan melalui jalan tidak rata yang disediakan.

Selain sesi pandu uji halangan, aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga juga disediakan termasuk pemberian gula kapas dan aiskrim percuma serta pameran model-model menarik dalam barisan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).

Juga diadakan sesi bertemu dan beramah mesra bersama selebriti seperti Sherry Alhadad, Sharifah Shahirah dan Bell Ngasri yang turut sama mengambil peluang menguji model Xpander.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM5,000 dengan memandu uji Xpander seperti Nintendo Switch, jam G-Shock dan jaket kalis air.

Program Xpander Venture diadakan lagi di Johor pada minggu ini serta Kota Kinabalu, Sabah pada Mac hadapan.

Menerusi acara ini juga, pelanggan yang ingin menjual kenderaan mereka dengan membeli Xpander baharu bakal ditawarkan RM2,000 sebagai sokongan untuk program tukar beli istimewa MMM.

BELL Ngasri memeriahkan acara.
BELL Ngasri memeriahkan acara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 1:24 PM