CIRI rekaan Dynamic Shield pada bahagian hadapan.
CIRI rekaan Dynamic Shield pada bahagian hadapan.
Lizam Ridzuan

SELEPAS kejayaan model Mitsubishi Xpander Baharu yang dilancarkan di Indonesia, ia bakal diperkenalkan di negara ini oleh pengedar utamanya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM). Kenderaan crossover tujuh tempat duduk itu tampil dengan ciri signatur seperti konsep rekaan hadapan 'Dynamis Shield' yang terdapat pada setiap model baharu menjadikan ia lebih menyerlah.

Melalui penggayaan yang diinspirasikan daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) penggembaraan, ia tampil dengan rekaan ranggi dengan ruang dan ciri praktikal bagi memenuhi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, model ini bukan saja penting untuk Malaysia, tetapi di rantau Asia Tenggara apabila 250,000 unit terjual sehingga pertengahan tahun ini.

"Selain Indonesia, Xpander juga dipasarkan untuk pasaran Filipina, Thailand serta Vietnam dan kami rasa teruja membawa masuk model ini ke Malaysia tidak lama lagi," katanya.

Xpander juga memenangi pelbagai penarafan serantau seperti Anugerah Kereta Terbaik 2018 oleh Otomotif di Indonesia, Kereta Terbaik Filipina 2019 serta Anugerah Kereta Terbaik 2019 dan 2020 Thailand untuk kenderaan MPV di bawah 1,600 cc.

MENAWARKAN gaya ranggi.
MENAWARKAN gaya ranggi.

GAYA crossover tujuh tempat duduk.
GAYA crossover tujuh tempat duduk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2020 @ 6:46 AM