PUSAT servis 3S Kia serlah keselesaan dan kemudahan pelanggan.
PUSAT servis 3S Kia serlah keselesaan dan kemudahan pelanggan.
Lizam Ridzuan


PEMILIK kenderaan Kia di negara ini kini boleh mendapatkan kenderaan baharu dan perkhidmatan selenggara kenderaan menerusi pembukaan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) yang terbesar untuk Kia di Glenmarie, Selangor.

Ia menampilkan ruang dalaman dengan identiti jenama itu menerusi konsep Kia Store bagi pengalaman pemilikan kenderaan jenama Kia yang lebih baik.

Eleman kayu dan minimalis bakal menyambut mesra pelanggan yang datang untuk menghantar kenderaan mereka untuk diselenggara atau mahu membeli kenderaan baharu.

Berkeluasan 39,240 kaki persegi, ruang pamerannya boleh memuatkan empat kenderaan dalam satu masa.

Selain itu, 20 ruang servis disediakan dikendalikan oleh pekerja dan juruteknik terlatih.

Dinamikjaya Motors sebagai pengedar rasmi Kia di Malaysia juga menyediakan pusat servis yang dilengkapi dengan peralatan termaju dan terkini termasuk sistem diagnosis untuk kelancaran prestasi kenderaan.

Seiring dengan ciri modem, ruang menunggu yang selesa termasuk ruang kerja dengan perkhidmatan Wifi disediakan sementara menanti kenderaan mereka siap diselenggara.

Buat masa ini, model terkini yang ditawarkan oleh Kia di Malaysia ialah EV6 Serba Baharu sebagai kenderaan elektrik (EV) selain Kia Carnival.

Pusat 3S ini juga menerima kemasukan semua kenderaan jenama Kia di negara ini yang dibeli sebelum ini untuk selenggara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2022 @ 6:40 AM