C 300 AMG Line.
C 300 AMG Line.
Lizam Ridzuan


Ia adalah Mercedes-Benz paling laris untuk tempoh 10 tahun lalu dengan 10.5 juta unit sudah diserahkan kepada pemilik di seluruh dunia.

Ia mula ditawarkan dengan model siri 190 pada 1982 dan tidak terkecuali di Malaysia menerusi pengenalan model C-Class Serba Baharu ini, ia akan meletakkannya pada tahap yang tersendiri dalam segmen sedan saiz pertengahan.

Dua varian ditawarkan iaitu C 200 Avantgard Line dan C 300 AMG Line yang dibezakan pada kemasan dan prestasi enjin.

Varian ini tampil lebih premium malah kabinnya diserlahkan dengan elemen mewah dan moden diinpirasikan daripada model S-Class.

Rekaan luaran memperlihatkan bahagian hadapan lebih pendek (short overhang) manakala jarak antara roda dan bahagian belakang kini lebih panjang.

Bahagian bonet pula lebih sporty selain cermin hadapan dan ruang penumpang dianjakkan ke belakang dengan gaya kedudukan klasik dikenali sebagai 'cab-backward design' dalam industri.

Gril radiator serta logo bintang tengah pula direka bersepadu dari arah hadapan.

Ia datang dengan padanan rim lima jejari 18 inci untuk C 200 dan 19 inci untuk C 300.

C 200 dikuasakan dengan enjin 1,496cc yang mampu menjana 204 kuasa kuda (hp) pada 5,800 hingga 6,100rpm dan tork 300Nm pada 1,800 hingga 4,000rpm.

C 300 pula dengan enjin 1,999cc yang mampu menghamburkan kuasa 248hp pada 5,800 dan tork 400Nm pada 2,000 hingga 3,200rpm.

Menerusi motor elektrik, kedua-duanya akan menambah kuasa 15kW dan tork 200Nm.

Masing-masing juga mampu mencapai kelajuan 246 kilometer/sejam (km/j) dan 250km/j.

PADANAN rim bersaiz 18 inci.
PADANAN rim bersaiz 18 inci.

Selain itu, ia juga datang dengan 'Integrated Starter-Generator' (ISG) bagi bantuan pintar enjin pada kelajuan rendah sebagai 'mild hibrid' generasi kedua.

C-Class ini dilengkapi transmisi kelajuan 9G-Tronic dengan ISG.

Ia menambah ciri efisien serta memaksimumkan 'interplay' bantuan motor elektrik pam minyak yang mengurangkan kadar penghantaran pam mekanikal sebanyak 30 peratus berbanding model terdahulu.

Kotak gear ini turut menggunakan kawalan transmisi bersepadu dengan 'processor multi-core'.

Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line dijual pada harga RM288,334.

C 300 AMG Line pula dijual pada harga RM330,681. Buat masa ini, C-Class didatangkan sebagai import sepenuhnya (CBU).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2022 @ 6:55 AM