NUR Shazrin Mohamad Latif. FOTO NSTP
NUR Shazrin Mohamad Latif. FOTO NSTP
Aida Adilah Mat


Hangzhou: Selepas empat hari menunggu akhir emas yang dinanti tiba menerusi atlet pelayaran kebangsaan Nur Shazrin Mohamad Latif.

Shazrin dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir ILCA 6 terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan angin.

Ia adalah emas temasya Sukan Asia pertama Shazrin, selepas kejayaan pingat gangsa di Sukan Jakarta-Palembang 2018.

Kejayaan itu turut menyaksikan dia kini menempah tiket secara merit ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2023 @ 1:48 PM