PETUGAS SPR membuat persiapan akhir sebelum dewan dibuka pada jam 9 pagi pada hari penaman calon PRN N38 Bayan Lepas di Dewan MBPP Bukit Belah, Bayan Lepas. FOTO Mikail Ong
PETUGAS SPR membuat persiapan akhir sebelum dewan dibuka pada jam 9 pagi pada hari penaman calon PRN N38 Bayan Lepas di Dewan MBPP Bukit Belah, Bayan Lepas. FOTO Mikail Ong

PILIHAN Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 173 pusat penamaan di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 12 Ogos dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Kesemua calon gabungan parti politik dan Bebas akan bertanding mengisi 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di enam negeri iaitu 36 Dun di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

Ikuti lapor langsung Harian Metro sekitar proses penamaan calon di seluruh negara.


572 calon bertanding - SPR

Putrajaya: Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang membuka tirainya hari ini, menyaksikan semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu kerusi Parlimen, dipertandingkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata seramai 572 calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan ditutup pada jam 10 pagi.

"Sejurus tamat tempoh penamaan calon pada jam 10 pagi, sebanyak 573 kertas penamaan dikemukakan oleh pelbagai parti dan individu yang akan bertanding dalam PRU Dun Ke-15 dan PRK Parlimen P036 Kuala Terengganu.

"Bagaimanapun, satu kertas penamaan calon ditolak membabitkan seorang calon Bebas Dun N09 Kota Lama, Kelantan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

ABDUL Ghani (tengah)ketika sidang media di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom (kiri) dan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak (kanan). FOTO Mohd Fadli Hamzah
ABDUL Ghani (tengah)ketika sidang media di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom (kiri) dan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak (kanan). FOTO Mohd Fadli Hamzah


Saya akan beri soalan sehari satu untuk Saifuddin siasat - Sanusi


'Calon dukung bayi ke pusat penamaan'


Penamaan calon Dun Kota Lama kecoh, nama suri rumah ditolak

Kota Bharu: Berlaku sedrkit kekecohan di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini, hari ini selepas nama seorang seorang wanita sebagai calon ditolak.

Difahamkan, Tan Lay Tho, 63, yang tampil mahu menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Lama ditolak berikutan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila pencadangnya, Ong Chi Lam, 63, yang juga suaminya dari Dun Bunut Payung.

Pada masa yang sama, suri rumah itu turut membawa penyokong iaitu bapa saudaranya, Wee Choon Seng, 85, yang juga pengundi Dun Kota Lama.

LAY Tho yang tampil mahu menjadi calon Dun Kota Lama sebagai calon bebas ditolak selepas tidak memenuhi syarat yang ditetapkan SPR. FOTO Hidayatidayu Razali
LAY Tho yang tampil mahu menjadi calon Dun Kota Lama sebagai calon bebas ditolak selepas tidak memenuhi syarat yang ditetapkan SPR. FOTO Hidayatidayu Razali


Pas kempen secara gentleman, tak serang peribadi

Kota Bharu: Pas meneruskan tradisinya dengan berkempen secara gentleman setiap kali pilihan raya dan tidak menyerang peribadi individu walaupun membabitkan ahli keluarga.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor berkata, setiap kali berkempen Pas sentiasa menerangkan mengenai perjuangan parti serta apa yang hendak dibawa kepada rakyat dan tidak bersifat serangan peribadi.

Katanya, setiap kali berkempen dalam pilihan raya, beliau tidak pernah mengusik atau menyentuh peribadi calon-calon lawan disebabkan mereka yang terpilih berjuang di atas dasar perjuangan parti masing-masing.

"Jangan sentuh hak peribadi pihak lawan kerana kita bercakap atas dasar parti masing-masing dan kita hendak rakyat faham serta pilihan yang dibuat adalah berdasarkan kefahaman mereka.

"Ada sebahagian calon-calon yang bertanding ini terdiri daripada kawan-kawan mahupun keluarga kita sendiri dan bukannya orang lain.

"Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada kali ini, calon dari Pakatan Harapan (PH) Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang mempunyai tali persaudaraan dengan saya turut menjadi calon bagi Dun Panchor," katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon di Dewan Wawasan Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, di sini, hari ini.

MOHD Amar (tengah) ketika menyampaikan borang pencalonan di di Pusat Penamaan Calon di Dewan Wawasan IPG Kampus Kota Bharu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
MOHD Amar (tengah) ketika menyampaikan borang pencalonan di di Pusat Penamaan Calon di Dewan Wawasan IPG Kampus Kota Bharu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi


Sanusi berdepan Khizri di Dun Jeneri


Insya-Allah kita berkempen cara tersusun, sopan, beradab - Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati semua parti yang bertanding pada pilihan raya di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu agar berkempen secara berhemah.

"Insya-Allah kita berkempen cara tersusun, sopan dan beradab," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mengiringi calon-calon parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan di beberapa pusat penamaan calon hari ini.

Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan proses penamaan calon yang berlangsung di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu hari ini.

"Alhamdulillah, proses semua baik, aman dan teratur, calon-calon juga mengemukakan semua (dokumen) diperlukan dengan baik," katanya.

Terdahulu Anwar yang diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hadir memberi sokongan kepada calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan di kawasan Parlimen Ampang, Gombak dan Selayang melibatkan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN).

ANWAR Ibrahim diiringi Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melawat Pusat Penamaan Calon DUN Kuang, Rawang dan Taman Templer. FOTO Hazreen Mohamad
ANWAR Ibrahim diiringi Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melawat Pusat Penamaan Calon DUN Kuang, Rawang dan Taman Templer. FOTO Hazreen Mohamad


Laungan 'tolak maharaja' iringi pencalonan Dun Perai


Mohamed Azmin ditentang 'bekas anak didik' di Dun Hulu Kelang


Saya akur dipecat Umno - Datuk Harrison

Kuala Selangor: "Saya akur (dipecat ahli Umno), itulah prosedur organisasi. Saya terima dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Datuk Harrison Hassan.

Keahliannya sebagai ahli Umno digugurkan selepas beliau diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dun Jeram mewakili Perikatan Nasional (PN).

Bekas Timbalan Ketua Umno Sungai Buloh itu berkata, ideologi yang ada pada PN menyamai dirinya menyebabkan beliau memilih untuk menjadi calon parti itu.

Menurutnya, sebagai ahli politik beliau mahu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat seperti mana yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Akhirnya kita hanya satu matlamat sebagai ahli politik untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

"Saya akur dengan perkembangan semasa dan pembaharuan yang rakyat mahukan terutamanya rakyat di Jeram serta Selangor. Saya berikrar untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangi DUN Jeram serta mengotakan manifesto saya nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman calon DUN Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.


Annuar Musa, anak berbeza khemah, iringi calon masing-masing


Keahlian Mohamad Rafie dalam PKR tergugur secara automatik

Seremban: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan keahlian Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek dalam parti itu tergugur secara automatik selepas tindakannya bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Ampangan.

Aminuddin berkata, ahli-ahli yang menyokong Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban itu juga turut akan dikenakan tindakan.


Dr Din dicabar bapa sepupu di Dun Sura

Dungun: Calon Pas Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi akan menentang bapa sepupunya Othman Omar dari Pakatan Harapan dalam pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Sura.

Dr Tengku Muhammad, 35, yang dikenali dengan panggilan Dr Din adalah bekas Pegawai Perubatan Hospital Kemaman sementara Othman bekas pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Padang Pulut.


Lagu Hoi Hoi Ya Hoi kini milik rakyat - Altimet


Akaun saya dibekukan, ini adalah wang penyokong untuk bantu Bersatu, PN - Muhyiddin

Gombak: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan sumbangan untuk menjalankan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) disalurkan kepada gabungan itu bukan satu kesalahan.

Muhyiddin berkata, sumbangan berkenaan tidak perlu dipertikaikan berikutan ia hasil kerja keras penyokongnya untuk membantu kelancaran kempen gabungan itu.

"Ya, akaun saya semua dibekukan dan ini semua (sumbangan) adalah wang rakyat (penyokong) untuk membantu Bersatu dan PN.

"Jadi, kenapa kita perlu mempersoalkan (derma yang diberikan) kerana saya tidak mempertikaikan berapa banyak pun (wang) yang mereka (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) belanjakan (untuk kempen mereka)," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai sumber dana mereka selepas mendapat sokongan ramai penyokong dan jentera PN yang meriah dengan sepanduk dan panji-panji calon mereka.

MUHYIDDIN hadir pada Hari Penamaan Calon PRN Selangor di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak. FOTO Aizuddin Saad
MUHYIDDIN hadir pada Hari Penamaan Calon PRN Selangor di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak. FOTO Aizuddin Saad


Boikot tu amalan biasa - Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang

Tasek Gelugor: Pas Pulau Pinang menyifatkan tindakan mensabotaj jentera parti komponen yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai amalan biasa dalam arena politik.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff, berkata keadaan itu berpunca akibat parti politik menamakan individu yang berbeza daripada calon asal yang mahu diketengahkan bagi sesuatu kerusi ditandingi.

Lebih menghangatkan katanya, sentimen dalam kalangan penyokong yang menawarkan khidmat kepada orang ramai turut menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati dalam kalangan jentera parti.

Beliau yang dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua juga tidak menolak kemungkinan jentera Pas memboikot penamaan Timbalan Presiden PN merangkap Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai di DUN Bayan Lepas.

"Sudah tentulah mereka 'panas' (marah), ada berlaku kekhilafan dan sebagainya. Maka ini (sabotaj jentera parti) berlaku dalam proses pilihan raya.

"Kita di peringkat kepemimpinan bagaimanapun akan cuba mengawal keadaan supaya ia berlaku dengan baik.

"Mungkin ada tanda marah (dalam kalangan jentera PAS Bayan Lepas susulan penamaan Dominic mewakili PN di situ) tetapi ia sedang diuruskan oleh kepimpinan agar ia reda," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon DUN Sungai Dua di Institut Kemahiran MARA di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan jentera PAS Bayan Lepas yang dikatakan memboikot Dominic sebagai calon PN di Dun Bayan Lepas, menentang pencabarnya, Azrul Mahathir Aziz dari Amanah.


Pas Kedah akui terdapat kesilapan profil calon PN


Polis guna dron pantau lokasi penamaan calon

Kuala Lumpur: Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak memantau lokasi penamaan calon pada enam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pasukan Op Cantas juga digerakkan di lokasi-lokasi panas bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.

"Saya sendiri berada di pusat gerakan di Bukit Aman bagi memantau perjalanan proses penamaan calon pagi ini.

"Pemantauan daripada dron dan pasukan Op Cantas mempunyai hubungan dengan pusat gerakan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Gelombang biru dan merah warnai perkarangan PPC


PENYOKONG PN berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak. FOTO Aizuddin Saad
PENYOKONG PN berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak. FOTO Aizuddin Saad


Azmin Ali, Juwairiya bertembung di Dun Hulu Kelang

Gombak: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Kelang (N18) menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara wakil dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli.

Juwairiya adalah penyandang kerusi Dun Bukit Melawati manakala Azmin adalah bekas Adun Bukit Antarabangsa.

Senarai calon Dun Hulu Kelang diumumkan oleh Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khairul Aizawati Khalid pada 10.57 pagi selepas semua calon bertanding lengkap menyerahkan borang pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon Dewan Mutiara Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak.


Mahdzir dicabar penyandang kerus Dun Pedu Mohd Radzi

Padang Terap: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertanding semula bagi kerusi N08 Dewan Undangan Negeri (Dun) Pedu selepas 15 tahun meninggalkan kerusi itu.

Gabungan BN- Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Mahdzir untuk merampas kembali kerusi berkenaan yang pernah dimenanginya pda Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008.

Bekas Menteri Besar Kedah itu dicabar penyandang kerusi berkenaan iaitu Mohd Radzi Md Amin dari Perikatan Nasional.


Pertembungan tiga penjuru Dun Batu Tiga, Kota Anggerik

Shah Alam: Pilihan Raya Negeri Selangor bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga dan Kota Anggerik menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Kerusi Dun Batu Tiga ditandingi Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mewakili Perikatan Nasional (PN) manakala Pakatan Harapan (PH) diwakili Ketua Pemuda Amanah Selangor, Danial AI Rashid yang.

Seorang lagi calon dari Parti Muda Syaidiyah Izzati Nur Razak.

Bagi Kerusi Dun Kota Anggerik pula, penyandang kerusi itu, Najwan Halimi akan mempertahankan kemenangannya dengan melawan Ketua Pemuda PN Selangor l, Mohamed Sukri Omar dan Muda, Azad Akhbar Khan.


'Pencalonan sudah diterima' - Kon Yeow


Mohamad Rafie buat kejutan tampil sebagai calon Bebas Dun Ampangan

Seremban: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek membuat kejutan apabila tampil sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dun berkenaan, hari ini.

Dun Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad Rafie, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman calon Pakatan Harapan (PH-PKR) dan Muhammad Ghazali Zainal Abidin calon Perikatan Nasional (PN-BERSATU).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mohamad Rafie bertanding mewakili PH menang dengan majoriti 1,360 undi di Dun berkenaan.


Ahmad Said dicabar Razali Idris di Dun Kijal

Kemaman: Proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Said mewakili Barisan Nasional (BN) dan Ketua Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris mewakili PAS di Dewan Sivik Kijal, di sini, berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri merangkap penyandang DUN Kijal tiba di perkarangan pusat penamaan calon menyerahkan borang penamaan jam 9.04 pagi manakala Razali jam 9.11 pagi.


Saingan satu lawan satu di Lembah Jaya, tiga penjuru di Bukit Antrabangsa

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan persaingan satu lawan satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang bakal berlangsung 12 Ogos depan.

Pegawai Pengurus Dun Lembah Jaya, Ir Zafrul Fazry Mohd Fauzi mengisytiharkan penamaan bagi kedua-dua calon itu sah pada 10.26 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Dato' Ahmad Razali di sini, hari ini.

Tumpuan pastinya terarah pada calon Pakatan Harapan (PH) iaitu rapper terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Beliau bakal berdepan saingan daripada calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Ketua Penerangan PAS Ampang.

Altimet menghantar borang pencalonan pada jam 9.03 pagi, manakala Sharifah Haslizah menghantar borang pada jam 9.06 pagi.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Bukit Antarabangsa, Dr Ani Ahmad DUN Bukit Antrabangsa mengesahkan tiga pencalonan.

Mereka adalah Mohd Kamri Kamaruddin yang tiba pada jam 9.02 pagi, Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional) yang tiba tiga minit kemudian dan Melanie Ting daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) jam 9.08 pagi.


Dua penjuru di Permatang Berangan, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar

Tasek Gelugor: Pertembungan dua penjuru bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Tasek Gelugor dijangka menjadi antara medan tempur politik sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Kerusi Dun Permatang Berangan ditandingi penyandangnya, Norhafizah Othman dari Barisan Nasional (BN) dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Mohd Sobri Salleh mewakili Perikatan Nasional (PN).

Persaingan di Dun Sungai Dua pula menyaksikan pertembungan dua nama besar politik Pulau Pinang, iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Dr Shaik Hussien Mydin mewakili BN, menentang pencabarnya, Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff yang bertanding atas tiket PN.

Sementara itu, calon PN merangkap Ketua Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang akan menentang pencabarnya yang juga Pengerusi Biro Keusahawan PKR Cabang Tasek Gelugor, Abdul Mohsein Mohd Shariff yang mewakili Pakatan Harapan (PH).


Aiman Tino turun padang



Kerusi Dun Selat Klang direbut 3 Datuk

KLANG: Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang bakal menyaksikan tiga calon lelaki yang akan merebut kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi negeri Selangor.

Pada PRN kali ini, calon penyandang kerusi N.44 Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Selangor ditentang calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Datuk Roslee Abd Hamid.

Roslee yang juga Ketua Umno Bahagian Kapar adalah calon muka baharu yang diturunkan oleh gabungan PH-BN kali ini.

Abdul Rashid dan Roslee masing-masing berarak masuk ke perkarangan Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, di sini kira-kira jam 8.47 pagi.


Anwar, penyokong PN berbalas sorakan lagu 'Hoi Hoi Ya Hoi'

Selayang: Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan kira-kira 10 minit melawat Pusat Penamaan Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Rawang, Taman Templer.

Perdana Menteri tiba kira-kira jam 9.35 pagi di perkarangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sempat beramah mesra dengan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga sempat mendengar taklimat ringkas daripada Ketua Pegawai Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya untuk tiga DUN di bawah Parlimen Selayang, Ahmad Faisal Badiuzaman mengenai perjalanan operasi pusat berkenaan pada hari ini.

Selain itu, beliau juga berpuas hati dengan suasana dan sokongan yang ditunjukkan penyokong PH dan BN yang hadir menyokong calon gabungan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Mood baik," kata Anwar sambil menunjukkan isyarat bagus kepada media hari ini.

Pengerusi PH itu turut ditemani Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ketika hendak menuju ke keretanya untuk ke lokasi penamaan calon lain, penyokong Perikatan Nasional (PN) sempat bersorak dan menyanyikan lagu 'Hoi Hoi Ya Hoi' (lirik lagu Aduh Malaysia oleh Altimet).

Kelihatan Anwar turut bersorak 'Hoi Hoi Ya Hoi' kepada penyokong PN sambil menuju masuk ke keretanya.


Saingan dua penjuru BN, PN di Dun Bagan Pinang

Port Dickson: Dua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Bagan Pinang sampai di Pusat Penamaan Calon di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson hampir serentak pada 8.50 pagi tadi.

Bagaimanapun, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Najib Tan Sri Isa terlebih dahulu masuk ke Dewan Wawasan pada jam 9 pagi.

Calon BN, Mohd Najib, 44, turut diiringi Pencadang, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar dan Penyokong, Zamzuri Bakar manakala calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Fatah Zakaria, 57, diiringi Pencadang, Ibrahim Kasah dan Penyokong, Abdul Rahim Mansor yang masuk lima minit kemudian.

Sebelum itu, kedua-dua calon berarak bersama penyokongnya ke tempat Penamaan Calon diiringi lebih 100 penyokong kedua-dua pihak dalam keadaan aman tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.


SPR arah Daud Leong tukar baju


Satu lawan satu di Dun Teratai

Ampang: Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Teratai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pertembungan dua muka baharu bagi merebut kerusi Teratai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan raya Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah, di sini, pagi ini.

PH menampilkan calon baharu daripada DAP, Yew Jia Haur yang akan bersaing dengan Chew Han Keai, calon daripada PN.

Sebelum itu, Ahmad Alhairi mengumumkan senarai calon bertanding pada 10.32 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan MPAJ Pandan Indah, di sini, ditutup pada 10 pagi.


CALON PN bagi Dun Gurun Baddrol Bakhtiar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Lestari Guar Chempedak. FOTO  Izzali Ismail
CALON PN bagi Dun Gurun Baddrol Bakhtiar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Lestari Guar Chempedak. FOTO  Izzali Ismail


Izat Bukhary tak putus asa cuba nasib buat kali ketujuh

Kota Bharu: Seorang calon bebas tidak berputus asa apabila terus mencuba nasib bertanding buat kali ketujuh apabila menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Lama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15.

Calon yang menggunakan logo pen, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 56, tiba 7.30 pagi di pusat penamaan calon sebelum ini tewas masing-masing empat di kerusi DUN dan dua sebagai calon Parlimen.

Bekas pensyarah itu tampil menjadi calon Dun Kota Lama berkata, selama 11 tahun ini beliau menjadi calon di Dun Pengkalan Kubor sebanyak dua Kali, DUN Chempaka, PRN di Dun Kota Lama, Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Kota Bharu pada PRU-15 dan Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau tidak berputus asa dan mengambil keputusan mencuba nasib bertanding pada kali ini kerana mahu membuat perubahan di Kota Lama.

"Selama 33 tahun ini, tidak ada perubahan di Kota Lama, jadi saya mahu membuat perubahan jika menang.

"Sebagai anak jati Kota Lama, saya tahu apa yang dikehendaki dan diinginkan oleh penduduk Dun ini. Saya tidak mahu janji apa-apa, namun harap menang sahaja.

"Ada orang tanya kenapa saya tidak serik bertanding dan berulang menjadi calon, saya jawab kepada pengundi cukup-cukuplah (kena buat perubahan)," katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini, hari ini.

Justeru, beliau harap pengundi di Kota Lama menilai sendiri dengan memilih calon yang sesuai.

"Walaupun saya tahu di Kelantan Pas akan menang, namun saya tidak akan patah semangat. Saya menjadi calon kerana mendapat sokongan keluarga, di samping mahu mencurahkan bakti kepada masyarakat," katanya.

CALON bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (tengah) ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. FOTO Hidayatidayu Razali
CALON bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (tengah) ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. FOTO Hidayatidayu Razali


Ibu harapkan Rina menang di Dun Batu Tiga

Shah Alam: Ibu kepada Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Harun mengharapkan kemenangan akan berpihak kepadanya.

Taiyibah Rosli, 72, yang mengiringi anaknya itu bersama 500 penyokong PN setia menunggu di luar pusat penamaan calon di pusat penamaan Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19.

Taiyibah berkata, anaknya diberi peluang sekali lagi untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga.

"Sebagai ibu sudah tentu saya mahu anak (Rina) menang dan memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional serta seluruh Malaysia.

"Saya memohon semua pengundi di Dun Batu Tiga dan Kota Anggerik menyokong PN," katanya.

Rina akan bertembung dengan Ketua Pemuda Amanah Selangor Danial AI Rashid dan Calon Muda Syaidiyah Izzati Nur Razak.

CALON PN Dun Batu Tiga, Rina Harun (kiri) bersama calon Amanah, Danial al-Rashid dan calon Muda, Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19 Shah Alam. FOTO Hairul Anuar Rahim
CALON PN Dun Batu Tiga, Rina Harun (kiri) bersama calon Amanah, Danial al-Rashid dan calon Muda, Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19 Shah Alam. FOTO Hairul Anuar Rahim


Pertembungan 4 penjuru di Dun Sikamat

Seremban: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sikamat bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Ogos ini.

Dalam pertandingan kali ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga penyandang Datuk Seri Aminuddin Harun bakal ditentang tiga lagi calon.

Beliau bakal berhadapan dengan Ahmad Raihan Muhamad Hilal (PN), Mohammed Hafiz Baharudin (Bebas) dan Bujang Abu (Bebas).


Sanusi diiringi 2,000 penyokong


Dun Dengkil saksikan pertandingan empat penjuru

Cyberjaya: Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 Selangor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N55 Dengkil menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Noorazli Said, calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Jamil Salleh, calon Parti Utama Rakyat (PUR) Datuk Mohd Daud Leong Abdullah, 58, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Profesor Darren Ong Chung Lee, 36.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun N55 Dengkil Datuk Abd Hamid Hussain mengesahkan demikian di Pusat Penamaan Calon di Dewan Semarak, di sini, hari ini, selepas tempoh penamaan calon berakhir jam 10 pagi membabitkan empat calon itu.

Beliau berkata, hari mengundi awal 8 Ogos manakala hari mengundi 12 Ogos.


Pertembungan dua penjuru BN, PN di Dun Juasseh

Kuala Pilah: Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Juasseh, menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN) dan Datuk Eddin Syazlee Sith (BERSATU-PN).

Eddin Syazlee bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Bibi Sharliza pula isteri kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad.


Kesemua 173 pusat penamaan calon bagi PRN di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu ditutup pada 10 pagi


'Top gun' iringi calon di Gombak

Gombak: Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang meriah dengan kehadiran top gun (pemimpin utama) parti politik tanah air untuk memberikan sokongan kepada calon masing-masing.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dilihat mengiringi tiga calon gabungan berkenaan.

Presiden PKR itu dilihat hanya menghantar calon di luar perkarangan PPC tiga Dun terbabit di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Jalan Gombak di sini, 9.10 pagi, sebelum beredar.

Turut kelihatan, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meneruskan mengiringi tiga calon ke PPC terbabit.

Mereka mengiringi calon gabungan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (PKR) yang tampil mempertahankan kerusi Dun Sungai Tua yang dimenangi beliau sejak 2008 serta Setiausaha Politik Menteri Besar, Juwairiya Zulkifli (PKR) yang akan bertanding di Hulu Kelang.

Turut diiringi ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN) yang menghantar pencalonan untuk bertanding di kerusi Gombak Setia.

ANWAR bersama Calon Dun N16 Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) ketika berarak ke Pusat Penamaan Calon Dun N16 Sungai Tua di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu Gombak. FOTO Aswadi Alias
ANWAR bersama Calon Dun N16 Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) ketika berarak ke Pusat Penamaan Calon Dun N16 Sungai Tua di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu Gombak. FOTO Aswadi Alias


Sanusi tiba diiringi 2,000 penyokong

Sik: Calon Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik, jam 9.10 pagi untuk mengemukakan pencalonannya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah ke-15.

Kehadiran beliau diiringi kira-kira 2,000 penyokong.

Muhammad Sanusi dijangka akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Bagi calon Dun Belantek, calon PN Ahmad Sulaiman dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH) Mazli Saipi.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan penyandang BN, Mahadzir Abdul Hamid dan calon PH, Mohd Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.

Dun Jeneri mempunyai lebih 35,079 pengundi dengan lebih 90 peratus daripada pengundi adalah Melayu.

Kerusi Belantek disandang Pas, Datuk Mohd Isa Shafie yang menewaskan penyandang BN, Datuk Mohd Tajudin Abdullah dan calon PH Abdul Rashid Abdullah dengan majoriti 2,574 undi.

Mohd Isa bagaimanapun meninggal dunia pada 14 Jun lalu dipercayai akibat jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Kerusi itu mempunyai 28,006 pengundi dengan lebih 90 peratus pengundi adalah Melayu.


Pengarah JLOG Bukit Aman lawat Pusat Penamaan Calon di Dewan Besar Tanjung MBSA

Shah Alam: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG) Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan melawat pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19.

Ketibaannya 9.35 pagi diiringi Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Dewan Besar Tanjung MBSA. Seksyen 19 menjadi pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga dan Kota Anggerik.


Azmin, Hilman, Hanif tiba di pusat penamaan


PENGERUSI PN Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir mengiringi calon Dun Sungai Tua, Muhammad Hanif Jamaluddin, calon Dun Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dan calon Dun Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. FOTO Aizuddin Saad
PENGERUSI PN Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir mengiringi calon Dun Sungai Tua, Muhammad Hanif Jamaluddin, calon Dun Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dan calon Dun Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. FOTO Aizuddin Saad


'Saya datang bagi sokongan kepada sahabat lama" - Fauzi Nawawi

Pasir Mas: Pelakon, Mohd Fauzi Mohd Nawawi yang hadir di pusat penamaan calon di Kolej Vokasional Pasir Mas, di sini, menarik perhatian penyokong parti.

Mohd Fauzi yang tiba dengan lengkap berbaju Melayu putih dilihat mengiringi calon Bebas Dewan Undangan Negeri (Dun) Tendong, Datuk Seri Suzainal Adnan Sukri.

Ditanya berhubung kehadirannya itu, Mohd Fauzi berkata, beliau hadir hari ini bagi memberi sokongan kepada Suzainal yang bertanding sebagai calon Bebas.


Cuaca diramal baik, hujan di Alor Setar


Ahmad Samsuri tiba di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang

Marang: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang 9.15 pagi

Ahmad Samsuri yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, Suhaimi Sulaiman diiringi pencadang , Wan Nelang Abd Rahman dan penyokong, Aziz Mohamed

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berarak dari berarak bersama lebih penyokong dari pejabat Dun Ru Rendang ke pusat penamaan calon hampir satu kilometer


1,000 penyokong iringi Mahdzir

Padang Terap: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap kira-kira 8.39 pagi.

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu turut diiringi calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Kuala Nerang, Ridzwan Abu Bakar.

Kira-kira 1,000 penyokong dari kedua-dua gabungan itu turut mengiringi kedua-dua calon itu ke pusat penamaan calon berkenaan untuk memberi sokongan.

Terdahulu kedua-dua penyandang DUN Pedu dan Kuala Nerang iaitu Mohd Radzi Md Amin dan Munir Zakaria yang mewakili Perikatan Nasional (PN), tiba di lokasi sama kira-kira pukul 8.23 pagi.

Kedua-dua calon dari Pas itu turut diiringi kira-kira 1,000 penyokong termasuk Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid.


Aminuddin tiba di pusat penamaan calon

Seremban: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di pusat penamaan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sikamat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu tiba pada jam 9.10 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Komuniti Taman Coral Height.

Beliau turut diringi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Sabah,Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Calon PH Dun Sikamat Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Komuniti Taman Coral Height pagi diiringi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. FOTO Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
Calon PH Dun Sikamat Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Komuniti Taman Coral Height pagi diiringi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. FOTO Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Daud Leong cuba nasib sekali lagi

Cyberjaya: Calon Parti Utama Rakyat, Datuk Mohd Daud Leong Abdullah, 58, membuat cubaan kedua untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Dengkil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15.

Beliau antara calon yang awal hadir di luar kawasan Dewan Semarak di sini, bagi penamaan calon yang akan dibuka pada 9 pagi.

Daud hadir di luar perkarangan dewan pada 8 pagi diiringi beberapa penyokong dengan membawa bendera parti itu.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, PRN ini adalah percubaan kali keduanya baginya untuk bertanding di kawasan itu selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Sepang.

DATUK Mohd Daud Leong Abdullah. FOTO NSTP
DATUK Mohd Daud Leong Abdullah. FOTO NSTP


Mat Taib hadir beri sokongan

Hulu Selangor: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hadir memberi sokongan kepada bakal calon Kerajaan Perpaduan sempena hari penamaan calon untuk PRN Selangor di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Hulu Selangor, dekat Kuala Kubu Bharu, pagi ini.

Kira-kira 7 pagi , penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di perkarangan pejabat berkenaan sebelum berarak menuju ke tempat penamaan calon dekat Dewan Merdeka.

Bakal calon BN di kerusi Dun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru kelihatan sibuk membuat persiapan akhir sambil bertemu dengan penyokong.

Muhammad (dua kanan) hadir memberi sokongan kepada calon Dun Batang Kali, Mohd Isa (tiga kiri) dan Dun Hulu Bernam, Mohd Amran (tiga kanan) di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Hulu Selangor. FOTO Rosman Shamsudin.
Muhammad (dua kanan) hadir memberi sokongan kepada calon Dun Batang Kali, Mohd Isa (tiga kiri) dan Dun Hulu Bernam, Mohd Amran (tiga kanan) di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Hulu Selangor. FOTO Rosman Shamsudin.



Selawat mengiringi penyokong parti PN di Dewan Sivik, Petaling Jaya

Petaling Jaya: Alunan selawat mengiringi sekitar 150 penyokong parti Perikatan Nasional (PN) yang berkumpul sempena penamaan calon di Dewan Sivik, di sini, hari ini.

Kumpulan Penyokong berkenaan berkumpul seawal jam 7 pagi bagi memberi sokongan kepada calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi Parlimen Petaling Jaya.

Sementara itu, dianggarkan lebih kurang 250 penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berarak sambil melaungkan kata-kata semangat kepada calon parti berkenaan.

Tidak ketinggalan, lebih 60 penyokong parti Muda yang turut berkumpul bagi memberi sokongan kepada dua calon mereka yang bakal bertanding di kerusi Dun Seri Setia dan Bukit Gasing.

Kesemua kumpulan berkenaan mula berarak sejak jam 8.45 pagi dan berkumpul di pekarangan Dewan Sivik, di sini.


Anwar hadir sokong tiga calon blok kerjasama PH-BN pada Himpunan Perpaduan Gombak

Gombak: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberikan sokongan kepada tiga calon blok kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) pada Himpunan Perpaduan Gombak yang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Tua, Hulu Kelang dan Gombak Setia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

Kerusi Sungai Tua ditandingi Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; sementara Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli bersaing merebut kerusi Hulu Kelang dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin di Gombak Setia.

Difahamkan yang turut mengiringi Anwar yang Pengerusi PH, ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg serta kepemimpinan tinggi parti PKR dan Umno berarak bersama calon dan penyokong ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak hari ini.

Amirudin bakal berdepan saingan satu lawan satu berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS.

Amirudin yang juga Naib Presiden PKR berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua selama tiga penggal dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, beliau memperoleh majoriti 11,374 undi.

Calon PH itu menang dengan mendapat 17,446 undian ketika menentang Datuk N Rawisandran daripada BN yang mendapat 6,072 undi serta dua lagi calon Ustaz Mad China (Pas) dan Badrul Acong Bebas), masing-masing memperoleh 4,530 dan

268 undi.

Parlimen Gombak antara paling mendapat perhatian dalam PRN Selangor berikutan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara nama besar mengesahkan bertanding kerusi Hulu Kelang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut ketika melakukan lawatan ke proses penamaan calon N16 Sungai Tua bagi Parlimen Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu Gombak, Selangor. FOTO Aswadi Alias
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut ketika melakukan lawatan ke proses penamaan calon N16 Sungai Tua bagi Parlimen Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu Gombak, Selangor. FOTO Aswadi Alias


PRESIDEN Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mengiringi calon PH Zawawi Ahmad Mughni bagi Dun Sungai Kandis di Pusat Penamaan Calon di Dewan Orang Ramai MBSA. FOTO Genes Gulitah
PRESIDEN Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mengiringi calon PH Zawawi Ahmad Mughni bagi Dun Sungai Kandis di Pusat Penamaan Calon di Dewan Orang Ramai MBSA. FOTO Genes Gulitah


Mat Taib hadir beri sokongan


PENGERUSI Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba di Pusat Penamaan Calon Padang Terap. FOTO Ahmad Mukhsein Mukhtar
PENGERUSI Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba di Pusat Penamaan Calon Padang Terap. FOTO Ahmad Mukhsein Mukhtar


Calon blok kerjasama PH-BN bagi Dun Sungai Tua, Amirudin yang juga Pengerusi PH di Himpunan Perpaduan Gombak berarak ke ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Sungai Pusu. FOTO Mahani Ishak
Calon blok kerjasama PH-BN bagi Dun Sungai Tua, Amirudin yang juga Pengerusi PH di Himpunan Perpaduan Gombak berarak ke ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Sungai Pusu. FOTO Mahani Ishak


PRN 2023: Penamaan calon di 173 pusat jadi tumpuan


Pilihan raya terhangat


PETUGAS SPR melakukan persiapan akhir di Pusat Penamaan Calon Dun Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar di Dewan Perdana Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara. FOTO Danial Saad
PETUGAS SPR melakukan persiapan akhir di Pusat Penamaan Calon Dun Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar di Dewan Perdana Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara. FOTO Danial Saad


PRN: PKR tanding 58 kerusi

PRN: BN bertanding 107 kerusi

Senarai calon PN Kelantan, Terengganu

Senarai calon PN bagi PRN di Pulau Pinang

Senarai calon Amanah bagi PRN di enam negeri


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 8:31 AM