Muhyiddin Yassin. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
Muhyiddin Yassin. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
BERNAMA

Shah Alam: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung wang dalam akaun parti Bersatu.

Berdasarkan semakan sistem e-kehakiman, kes itu akan didengar di Mahkamah Sesyen 1, di hadapan Hakim Rozilah Salleh pada 9 pagi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan media memaklumkan pihaknya telah mendapat izin mendakwa seorang Ahli Parlimen esok di mahkamah sama.

Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka menghadapi satu pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Muhyiddin, 75, dihadapkan ke di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu pada 10 Mac lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan sebagai Presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2023 @ 7:07 PM