SEBAHAGIAN perwakilan daripada Puteri UMNO melakukan pengundian pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dan Bahagian pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2018 di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor. FOTO Syamsi Suhaimi
SEBAHAGIAN perwakilan daripada Puteri UMNO melakukan pengundian pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dan Bahagian pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2018 di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor. FOTO Syamsi Suhaimi
Fahmy Azril Rosli


SEHINGGA 5.44 petang, pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih mendahului calon lain dengan memperoleh 36 undi.

Beliau diekori rapat bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan 30 undi. Manakala Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, di kelompok terbawah dengan 10 undi.

Mendahului jawatan Timbalan Presiden adalah Datuk Seri Mohamad Hasan dengan 10 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diekori rapat Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang memperoleh lapan undi

Pemilihan jawatan Naib Presiden menyaksikan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin masih kekal mendahului dengan tujuh undi.

Beliau disaingi rapat calon antaranya Datuk Seri Ismail Sabri (enam undi); Datuk Seri Johari Ghani (lima undi); Datuk Seri Mahdzir Khalid (empat undi); Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (dua undi) dan Datuk Seri Ahmad Said (satu undi).

Calon ‘ikan bilis’ yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden, Sheikha Razali Sheikh Hamad masih tidak memperoleh sebarang undi.

Perkembangan semasa pemilihan boleh didapati menerusi Twitter Pemilihan UMNO 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Jun 2018 @ 6:14 PM